Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membuka permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan bantuan kecemasan akan dibuka bermula 15 hingga 30 Jun ini. Permohonan terbuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.

Apakah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0?

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat

Baca juga : KERAJAAN DIGESA BENARKAN ISINAR 2.0 DAN ILESTARI 2.0

Syarat Kelayakan

  1. Golongan B40 yang terjejas pendapatan
  2. Tinggal di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
  3. Pemohon BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
  4. Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0*

Bagi penerima Bantuan Kecemasan COVID19 MAIWP 2.0*, RM500 akan disalurkan secara automatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge