Site icon Geng Borak

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

Biasiswa Yang di Pertuan Agong 2021

Permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021 untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di dalam dan luar negara kini dibuka.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my

Menurut JPA, tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan secara serahan tangan atau pos adalah pada 9 April ini.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam di peringkat sarjana dan enam di peringkat PhD untuk calon mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2021

SYARAT-SYARAT UMUM

(i) Warganegara Malaysia; dan
(ii) Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;

(ii) Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;

(iii) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga.

Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalanganmereka yang:

i) aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan;
ii) menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan,
rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya; dan
iii) mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Calon yang telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penajaan di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan JPA mengikut bidang pengajian turut diberi keutamaan.

Syarat kelayakan lain ialah warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2021. Calon yang memenuhi syarat permohonan serta melepasi saringan lanjut akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.

Pengajian peringkat sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Maklumat lanjut mengenai penawaran itu boleh didapati melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03–8885 3879/3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.

Exit mobile version