Bagi jemaah antarabangsa yang pada awalnya diberi harapan bahawa kuota haji akan dibuka 45,000 orang bagi luar negara, pasti akan berasa dukacita dengan pengumuman semalam.
Bagi yang bermastautin di Arab Saudi, atau bagi mereka sendiri yang memang berada di Makkah pada saat ini, tidak boleh terlalu gembira dengan berita tersebut.
Kerana pengumuman yang awal itu boleh jadi berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan yang akan dibincangkan oleh Kementerian Haji dan Umrah pada hari-hari yang mendatang.
Boleh jadi dari 60,000, tiba-tiba berubah jadi 6,000 jemaah sahaja. Boleh jadi syarat 1 dos vaksin layak untuk daftar, menjadi 2 dos vaksin sahaja yang boleh daftar.
Just ‘follow the flow’.
Kita bersangka baik sahaja.
Ramai yang memahami perasaan para jemaah haji Malaysia yang tercalon pada tahun ini atau yang tertangguh hajinya pada tahun lepas agak sedih dengan berita ini, namun pasti mereka redha dengan ketentuan Allah.
Tindakan Menteri Agama dan Tabung Haji dalam mempersiapkan para jemaah yang tercalon pada tahun ini telah menunjukkan suatu usaha dan kesungguhan yang padu apabila para jemaah telah diberikan ilmu haji melalui kursus-kursus haji dari awal lagi, serta mendapatkan vaksin Meningococcal serta kedua-dua dos vaksin Covid-19.
Namun mereka tetap perlu akur dan menghormati keputusan muktamad yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi.
Ini bukan salah mereka, ini bukan salah sesiapa, ini bukan juga salah virus Covid-19 yang sedang berleluasa pada saat ini.
Hakikatnya, bila kita kembalikan segala keputusan ini kepada Allah S.W.T, kita akan nampak bahawa ini adalah ketentuan qada’ dan qadar Allah S.W.T. Kembali kepada rukun iman kita yang ke-6, beriman dengan qada’ dan qadar.
Baca juga : KISAH MENARIK DI SEBALIK PERJALANAN JEMAAH HAJI DULU-DULU, BERBULAN BELAYAR DI LAUTAN
Maka kita mampu untuk redha, kita mampu untuk bersabar, kita mampu untuk memandang dan bersangka baik untuk perkara-perkara yang mendatang.
Haji mungkin mengikut giliran, tapi hakikatnya, haji adalah jemputan Tuhan. Kita boleh menunaikan haji bukan kerana kita kuat, kita sihat, kita berduit, kita ada pangkat dan nama, tapi kerana kita telah dijemput untuk menjadi TETAMU ALLAH.
dah keluar keputusan. mungkin itulah yang terbaik. nyawa dan keselematan semua paling penting sekarang ni
nikkhazami recently posted…7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021
Semoga ditahun akan datang dipermudahkan urusan jemaah haji Malaysia nanti
Semoga tahun depan kita boleh ke Tanah Suci
abambam recently posted…Tarikh Rayuan BPR Dibuka Mulai 15 -30 Jun 2021