Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion. Perdana menteri mengumumkan bantuan itu secara langsung dalam siaran TV sebentar tadi.

Secara amnya, pakej bantuan PERMAI 2021 menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI 2021 yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu:

Memerangi Wabak COVID-19;
Memelihara Kebajikan Rakyat; dan
Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021

  • Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.
  • Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS
  • Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.
  • Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan iSinar telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari 2021.
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.
  • PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2021.
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.
  • Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
  • Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus.
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir
  • RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut
  • Rebat elektrik semua sektor dua sen satu KWj.

Infografik Bantuan Pakej Khas PERMAI 2021

5 Comments

  1. Sumbangan tak henti-henti. Apa yang rakyat perlu buat, patuhi SOP je..aishh

    1. Sy tga menunggu keputusan rayuan gkp 2.0..apa cerita Blum kluar2 LG keputusan.. terutama d Sabah, yg MMG bisnes terganggu


  2. Macam mana sya nk mohon bantuan gkp

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge