Pada 21/11/2021 (Ahad) telah tular satu (1) rakaman video berdurasi satu (1) minit sepuluh (10) saat telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di Persimpangan Lampu Isyarat Sua Betong di Daerah Port Dickson.

Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah. Tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.

Pergerakan motorsikal berkuasa besar ini dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui Lampu Isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Pihak Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan. Kes disiasat bawah Sek. 21 Akta Polis dan Sek. 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222

Pihak PDRM menasihati kepada kumpulan konvoi yang bergerak supaya tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan atau mengawal atau melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran mana-mana Pegawai Polis yang membahayakan kepada diri sendiri pengguna dan menyekat kebebasan bergerak di jalan awam.

Sekian Terima Kasih.

Daripada,
SUPT. AIDI SHAM BIN MOHAMED
(Ketua Polis Daerah Port Dickson)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge