Video tular taman tema sesak

Polis menjalankan siasatan terperinci berkaitan video tular berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah taman tema di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 13 saat yang telah dimuat naik di Facebook berkaitan dakwaan pelanggaran SOP di taman tema terbabit.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kita masih belum mendapat sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Fairus berkata, siasatan awal mendapati kawasan taman tema itu boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa.

Video tular sunway lagoon

Orang ramai yang memberikan komen di aplikasi Tiktok dan Facebook, sememangnya mengejutkan apabila melihat video yang dipaparkan. Kelihatan ramai pengunjung bersama-sama dalam air pada waktu yang sama seolah-olah berpesta.

Perlu diingatkan tentang keselamatan dan kesihatan juga dalam keadaan orang yang ramai.

Kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa.

Baca juga : 10 Perkara Tentang Riyadh Season 2021 Yang Mengejutkan!

Tambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4,” kata beliau.

Mohd Fairus berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut.
Kredit: Kosmo!

5 Comments

  1. Huk aloh…
    Pihak Sunway tu pun yg main jual je ticket kenapa? patutnya masih perlu hadkan jumlah pengunjung
    Ammi recently posted…MengidamMy Profile

  2. Sunway ke tu???? yg ade lrt sekali kat atas tu ????

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge