Gelombang kemarahan semakin meluas di Asia Barat terhadap kenyataan menghina oleh pegawai parti pemerintah India mengenai Nabi Muhammad SAW. Pelbagai negara mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan dan memanggil perwakilan New Delhi, malah sebuah pasar raya di Kuwait memunggah keluar produk India dari rak jualannya.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul antara negara terkini mengecam kenyataan itu, dengan menegaskan ia ‘bertentangan dengan prinsip serta nilai moral dan kemanusiaan.’

Arab Saudi, Qatar bersama negara lain di rantau ini serta Universiti Al-Azhar di Kaherah turut membidas kenyataan dikeluarkan Nupur Sharma, iaitu jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) yang juga parti pemerintah dianggotai Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Baca juga : Nabi Sudah Lama Berpesan, 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman!

Di Kuwait, pekerja pasar raya memunggah teh serta produk lain buatan India, keluar dari rak jualan bagi membantah kenyataan itu yang disifatkan sebagai ‘Islamofobia’. Di Koperasi Al-Ardiya yang terletak di luar Kuwait City, guni beras dan rak rempah serta cili ditutup dengan pelitup plastik.

“Kami sebagai umat Islam di Kuwait, tidak menerima penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.” – Nasser Al-Mutairi

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India. Kementerian Luar (Wisma Putra) sudah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.

Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Malaysia turut menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat. Malaysia adalah antara negara terkini yang bersama mengutuk tindakan dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan yang mencetuskan kemarahan banyak negara Islam.

Baca juga : 7 Orang Yang Memandikan Jenazah Rasulullah

Oman, Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain dan Turkiye adalah antara negara yang turut mengecam kenyataan itu. Kuwait, Qatar, Iran, Arab Saudi dan Pakistan adalah antara negara terawal membuat bantahan secara rasmi terhadap provokasi itu.

Kenyataan Sharma yang ke udara melalui televisyen, minggu lalu, mencetuskan bantahan dan kemarahan umat Islam di India serta pelbagai negara Islam, malah ramai menuntut wanita itu ditahan.

BJP yang sering dituduh bertindak ke atas golongan minoriti Muslim di India, menggantung Sharma kerana ‘memberi pandangan bertentangan pendirian parti.’

Ahad lalu, Qatar menuntut India memohon maaf atas kenyataan berbaur ‘Islamofobia’ itu ketika Naib Presiden India, Venkaiah Naidu, melawat negara berkenaan dalam usaha meningkatkan perdagangan. Iran juga menyusuli langkah Qatar dan Kuwait dengan memanggil Duta India bagi mengemukakan bantahan oleh kerajaan serta rakyat, lapor agensi berita IRNA.

Baca juga : Rahsia 73 Pintu 73 Jalan, Yang Sampai Hanya Satu Jalan

Universiti Al-Azhar pula menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘keganasan sebenar’ dan ‘boleh menjerumuskan seluruh dunia ke dalam krisis serta peperangan yang membawa maut.’

Liga Dunia Islam yang berpangkalan di Arab Saudi menegaskan, kenyataan berkenaan boleh ‘menghasut kebencian’, manakala Presiden Besar Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyifatkannya sebagai ‘perbuatan keji.’

Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai enam negara Teluk juga ‘mengutuk, menolak dan mengecam’ kenyataan Sharma

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge