Gerakan ANTIVAKSIN Malaysia

Usaha Malaysia memerangi pandemik Covid-19 akan lebih mencabar dengan wujudnya ancaman gerakan antivaksin.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFH), Amrahi Buang berkata, isu antivaksin bukan perkara baharu, bahkan ia menjadi ancaman kepada negara termasuk di peringkat global.

Dakwaan yang mengatakan vaksin Covid-19 diperbuat daripada bahan tidak halal dan meragukan tidak seharusnya diperbesarkan kerana Islam sudah menyediakan panduan yang jelas berdasarkan al-Quran dan sunnah.

antivaksin Malaysia
Gambar : Berita RTM

Hukum harus bagi penggunaan vaksin

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan bahawa hukum harus bagi penggunaan vaksin dan perlu diterima kerana ia selari dengan kaedah pencegahan dianjurkan Islam.

Ini kerana ia bukan hanya ditentukan pakar perubatan sebaliknya proses menimbang tara pandangan pakar hukum syarak untuk menentukan sesuatu vaksin itu boleh digunakan atau sebaliknya.

Kerajaan akan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan propaganda negatif berkenaan vaksin Covid-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat.

Gerakan antivaksin Malaysia
Gambar : Sinar Harian

Wan Salim berkata, umat Islam perlu menerima vaksin tersebut demi menyelamatkan nyawa yang merupakan salah satu tuntutan yang diwajibkan oleh Islam.

“Kita disarankan supaya berikhtiar untuk mengelakkan sebarang penyakit. Ini termasuklah wabak yang cepat merebak seperti Covid-19,”

Beliau berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-10 pada 3 Disember lalu telah memutuskan vaksin yang bakal diterima itu nanti tidak diperbuat daripada bahan haiwan dan tiada unsur yang berasal daripada haiwan.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sekiranya vaksin itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat, maka hukumnya adalah harus.

Seluruh mufti sudah membuat keputusan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 ini hukumnya harus.

“Jadi, bagi mereka yang menentang dan menganggap ia meragukan, itu semua terserah kepada mereka. Jika apa-apa berlaku, mereka perlu menanggung risiko sendiri,”

Pengambilan suntikan vaksin tersebut adalah penting bagi melindungi diri dan juga penjagaan kesihatan.

VAKSIN PANTAU
Gambar : Berita RTM

3 Golongan Tahap Kepercayaan Terhadap Vaksin Cov19

Jawatankuasa kecil juga dibentuk untuk mengenal pasti beberapa kategori tahap kepercayaan rakyat terhadap vaksin COVID-19,  termasuk kumpulan minoriti antivaksin dan kumpulan ini sukar untuk diubah pendirian mereka.
 
Kategori kedua pula, adalah kumpulan masyarakat yang yakin tentang pentingnya vaksin dan tidak mudah terjejas dengan propaganda antivaksin, yang merupakan kumpulan terbesar dalam negara ini.

Sementara kategori ketiga adalah kumpulan yang berada di tengah-tengah iaitu kumpulan ‘vaccine hesitancy group’ yang mempunyai keraguan terhadap vaksin terutamanya vaksin COVID-19, tetapi tidak menolak vaksin secara langsung. 

Check suhu badan

Strategi komunikasi proaktif, melalui penggunaan pelbagai platform dan medium komunikasi sedang giat dilaksanakan kerajaan bagi memberi penerangan jelas kepada rakyat berkaitan kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 yang dijangka diperoleh negara pada suku pertama tahun hadapan. 

Bagi memastikan penyampaian maklumat ini dibuat secara menyeluruh, pelan komunikasi yang dirangka ini turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, ketua komuniti serta pihak swasta.

Semua ini adalah termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memberi penerangan berkaitan vaksin dari sudut pandangan hukum hakam syarak termasuk isu halal yang menjadi perhatian utama orang Islam di negara ini

4 Comments

Leave a Reply to Zul Muhammad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge