Pasangan introvert 1

Apabila memilih introvert sebagai pasangan, sudah tentu anda tahu bahawa dirinya akan penuh dengan sikap pendiam dan juga pemalu. Kadang kala hubungan agak boring jika bersama introvert berbanding ekstrovert. Tapi itu tidak bermakna bahawa introvert ini tiada keunikan yang tersendiri.

Introvert ni jenis pendiam, pemalu, penilik diri, seorang yang lebih suka memikirkan dirinya sendiri daripada orang lain. Manakala ekstrovert adalah orang yang mementingkan hal-hal zahir lebih daripada hal-hal batin, orang yang berkeyakinan dan peramah.

Jika ekstrovert sudah tentu lebih mudah untuk dibaca gerak lakunya. Bila dia ada masalah, sedih, serta gembira. Berlainan pula dengan introvert yang lebih pendam segala perasaan sedih, marah, serta kecewa. Kadang kala bila ditanya semuanya “tiada apa-apa” baginya.

pasangan sinar

Kecenderungan ekstrovert dengan mudah menyatakan perasaannya tidak sama dengan introvert. Kadang-kadang mungkin ada kalanya kita keliru tentang bagaimana untuk bertindak pada introvert. Salah bertindak boleh tercetusnya salah faham dan konflik dalam hubungan. Jadi macam mana nak atasinya dengan betul?

1. Deep talk

Introvert ini bukan mudah nak luahkan rasa mereka, jadinya gaya percakapan dari hati ke hati ini sangat sesuai buat dirinya. Mereka suka bercakap tentang perkara-perkara kritikal dengan soalan terbuka, menjadikan perbualan lebih menarik dan tidak membosankan. Malah mereka juga suka melihat gaya pemikiran anda serta pengetahuan yang anda miliki.

2. Selesa di tempat yang tidak ramai orang

Introverts sensitif terhadap persekitaran sekitar. Daripada pergi ke tempat yang sibuk, mereka lebih suka pergi ke tempat yang lebih kecil dan lebih tenang. Ia bukan masalah tempat, tetapi mereka lebih suka siapa mereka menghabiskan masa dengannya kerana kalian akan lebih tertumpu antara satu sama lain.

Baca juga : Rahsia disebalik senyuman lelaki, hati-hati dengan kemanisannya

pasangan introvert

3. Menjadi lebih sensitif

Introverts cenderung untuk menyimpan masalah mereka sendiri. Bukannya mereka takut, tetapi mereka lebih berhati-hati terhadap apa yang dia hadapi. Oleh itu, mereka memerlukan seseorang yang dapat merasakan dan memahami perasaan mereka kerana mereka tidak mahu mencetuskan konflik.

4. Memahami apa yang mereka ingin sampaikan

Introvert ini tidak mudah untuk menyatakan pemikiran serta kemahuan mereka, malah gaya komunikasi mereka juga halus dan tersirat. Jadi perhatikan apa dan bagaimana mereka sampaikan sesuatu. Kadang kala perkara yang kecil sahaja tetapi mempunyai makna yang tersembunyi.

pasangan serasi

5. Elakkan buat kesimpulan sendiri

Mereka ini sememangnya sukar nak luahkan apa yang mereka rasa. Kadang kala, bila komunikasi pun macam tidak mudah kerana mereka akan simpan, pendam dan diamkan sahaja. Tapi itu tidak bermakna anda boleh buat kesimpulan sendiri. Bila tiba masa mereka akan cakap apa yang mereka rasa. Tapi asalkan ada komunikasi yang baik antara anda, itu dapat menggalakkan dirinya untuk perjelaskan sesuatu perkara.

Introvert ini unik, mungkin mereka ini lebih banyak diam dan pendam segala perkara bukan kerana mereka takut tetapi lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

2 Comments

Leave a Reply to Deo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge