Buat duit bisnes tudung

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat. Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja. Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat. Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni, banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan. Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja.

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos. Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang. Dah jimat kos minyak dan masa disitu.

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!

2bt

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER. Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain. Dengan produk killer inilah nanti, bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan.

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer, kita dah tak perlu promote sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.

killer product tudung

Bila pelanggan dah mula ramai dan saya pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Saya mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye.

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti.

MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah saya bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung saya dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan.

Tudung jenama sendiri

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Namun begitu, berita baiknya… Peluang untuk tuntut ilmu bagaimana Bises Tudung ini berjaya. Klik Rahsia Bisnes Tudung

4bt

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

1 Comment

Leave a Reply to Dwi Wahyudi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge