Rahsia tandatangan 1

Jika diamati, tulisan tangan sebenarnya boleh menjadi tali pengukur dan cermin terhadap personaliti peribadi seseorang. 

Ramai pakar seperti penganalisa tulisan dan bahasa telah berjaya merungkai personaliti individu yang hampir tepat berdasarkan rupa, bentuk serta susunan hasil tandatangan yang diturunkan. 

Sebagai contoh, Mark Zuckerberg yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Facebook menurunkan tanda tangan dengan hanya menggunakan pengenalan singkatan yang bagaimanapun ditulis dengan huruf besar sebagai “MR ZG”.

Mark Zukerberg Sign
Tandatangan milik Mark Zuckerberg

Maksudnya?

Tandatangan yang ditulis dengan singkatan nama bermaksud individu itu adalah jenis yang perahsia, seorang yang tidak suka mendedahkan hal peribadi kepada umum manakala tandatangan yang ditulis dengan huruf besar pula menyatakan seseorang individu itu adalah jenis yang mempunyai keyakinan tinggi.

Rahsia tandatangan

Bagaimana nak kaji maksud tandatangan anda? Jom ada disenaraikan karakter tandatangan serta personaliti yang diwakili berdasarkan maksud karakter tersebut.

Ini hanyalah kajian ya…

  • Tidak Bergaris Di Bawah Tandatangan
Tandatangan Barack Obama
Tandatangan milik Barack Obama.

Maksudnya: Lebih suka menunjukkan ‘hasil’ yang dicapai daripada menunjukkan tindak-tanduk sebelum matlamat itu dapat dicapai terlebih dahulu (merendah diri).

  • Bergaris Di Bawah Tandatangan
Tandatangan Picasso
Tandatangan milik Pablo Picasso

Maksudnya: Memiliki kualiti sebagai seorang ketua yang baik serta bijak mengutamakan diri sendiri.IKLAN

  • Tandatangan Menyondong Ke Arah Kanan

Maksudnya: Jenis yang peramah dan mudah bergaul

  • Tandatangan Normal Tidak Condong

Maksudnya: Seorang yang stabil

  • Tandatangan Menggunakan Nama Panggilan/Manja

Maksudnya: Berdikari, berkeyakinan di atas kebolehan peribadi

  • Tandatangan Menggunakan Singkatan Nama

Maksudnya: Seorang yang suka menyimpan cermat hal peribadi

  • Tidak Letak Titik Pada Huruf ‘i’
Tandatangan Neil Armstrong
Tandatangan milik Neil Armstrong yang tidak ada titik pada huruf ‘i’.

Maksudnya: Tidak suka membesarkan perkara yang remeh bahkan diri merupakan seorang individu optimis yang gemar fokus kepada perkara yang besar/penting sahaja.

  • Menulis Huruf ‘o’ & ‘a’ Secara Terang-Terangan

Maksudnya: Seorang yang memiliki sifat kerjasama yang kuat & suka berkongsi idea serta pemikiran

  • Tandatangan Dalam Huruf Besar Sepenuhnya

Maksudnya: Konfiden, sangat menjaga tertib martabat serta maruah diri dan mungkin sedikit sombong atau suka membangga diri.

  • Tandatangan Tanpa Disertai Nama Keluarga (Bapa)

Maksudnya: Mudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

  • Tandatangan Dalam Keadaan Huruf Berdiri Tegak & Lurus

Maksudnya:  Tertib dan sangat mementingkan perincian (perfectionist).

  • Tandatangan Dalam Bentuk Contengan
Tandatangan Mel gibson
Tandatangan milik Mel Gibson

Maksudnya: Bijak dan mempunyai gaya hidup yang agak sibuk.

  • Tandatangan Dengan Saiz Huruf Yang Besar Serta Meleret-Leret

Maksudnya: Berkeyakinan tinggi malah seorang yang ekstrovert (mudah bergaul).

  • Tandatangan Ditemani Lukisan Atau Abstrak Sebagai Hiasan Sampingan
Tandatangan walt disney
Tandatangan milik Walt Disney

Maksudnya: Kreatif dan gemar dirinya dikenali.

  • Tandatangan Dimulakan Dengan Huruf Yang Besar & Menyerlah
Tandatangan john hancock
Tandatangan milik John Hancock.

Maksudnya: Berusaha untuk jadikan diri lebih dikenali (mahu orang tahu dan perasan kehadirannya).

  • Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Bawah

Maksudnya: Golongan pesimis, berkira dan sangat berhati-hati 

  • Tandatangan Dengan Gaya Tulisan Bercerun Yang Semakin Ke Atas
Tandatangan Maradona
Tandatangan Diego Maradona.

Maksudnya: Bercita-cita tinggi, mahukan masa hadapan yang lebih cerah.

  • Tandatangan Diakhiri Palang Atau Garisan Panjang Ditarik

Maksudnya: Proaktif, bersemangat dan mempunyai azam tinggi.

  • Tandatangan Mempunyai Banyak Garisan Tajam
Tandatangan Donald Trump
Tandatangan milik Donald Trump

Maksudnya: Agresif dan kurang sabar

  • Tandatangan Dengan Tulisan Bersambung
Tandatangan JK Rowling
Tandatangan milik J.K. Rowling.

Maksudnya: ‘Cepat tangkap’ dan mempunyai mental yang tangkas

  • Tandatangan Dengan Tulisan Sebiji-Sebiji

Maksudnya: Seorang yang terbuka dan suka berterus-terang

Ada macam-macam lagi jenis tandatangan yang berbillion orang tandatangan. Ada yang ringkas dan ada yang sukar. Jadi, apa maksud karakter yang ada disebalik tandatangan anda?

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge