Site icon Geng Borak

Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

I Citra KWSP one off

Situasi pasca PKP hakikatnya amat sukar bagi kebanyakan rakyat. Apatah lagi yang hilang punca pendapatan akibat diberhentikan, dicutikan tanpa gaji, dipotong gaji dan perniagaan juga tidak menjadi sejak awal tahun.

Ramai yang dibebani komitmen dan hutang tertunggak. Ada yang sudah mula meminjam Ah Long yang lebih bermudarat.

Kini ramai pula bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir.

Ramai yang mengadu ‘quotation’ awal membaiki kereta yang rosak akibat diselami air secara purata RM4 ribu, bahkan ada yang mencecah hingga berbelas ribu.

Ini belum lagi diambil kira kerosakan rumah, perkakas elektrik, perabut dan pelbagai keperluan lain untuk memulakan kehidupan baharu pasca musibah.

Benar, Bantuan Wang Ihsan RM1,000 dijanjikan Kerajaan untuk mangsa banjir, namun jumlah tersebut sekalipun dapat mengurangkan beban tetapi masih belum mencukupi.

Benar, alasan Menteri Kewangan dan disokong pula kesatuan sekerja bahawa rakyat harus berwaspada simpanan hari tua. Namun, kondisi rakyat ketika ini menuntut tindakan di luar norma biasa.

Janganlah berterusan guna alasan 20% tidak ada simpanan untuk hari tua, 45% hanya ada simpanan bawah RM10k.

Baca juga : Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Kini Dalam Perbincangan Terakhir

Realitinya yang meminta masih punya wang tersimpan di KWSP yang banyak sebab itulah mereka menuntut.

Jika peluang terakhir diberikan, Pemuda UMNO percaya rakyat boleh mulakan kehidupan baharu dan bekerja lebih kuat untuk menampung caruman demi keperluan hari tua nanti.

Pemuda UMNO konsisten memperjuangkan isu ini sejak i-Sinar dan i-Lestari dahulu kerana ratusan yang mengadu dan berharap hampir setiap hari kepada kami memang benar-benar dalam keadaan susah dan terdesak!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

PemudaJurubicaraRakyat

TuntutanRakyat

icitra

kwsp

Exit mobile version