Dakwaan seorang remaja lelaki yang hampir pitam disebabkan suntikan vaksin Covid-19 yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Kesihatan Awam) Dr Rusdi Abdul Rahman berkata, punca remaja berusia 12 tahun itu hampir pitam adalah disebabkan gementar, kurang tidur dan tidak mengambil sarapan sebelum vaksinasi.
Hasil siasatan mendapati remaja ini telah tidur jam 2 pagi, tidak berselera makan dan hanya makan sesudu nasi lemak pada pagi itu. Remaja tersebut juga tidak mempunyai rekod masalah kesihatan, bagaimanapun Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah akan memantau status kesihatan remaja berkenaan.
Terdahulu, video pendek berdurasi 36 saat tular di media sosial memaparkan remaja itu dipapah seorang lelaki dalam keadaan lemah dan hampir pengsan selepas menerima suntikan vaksin.
Dia kemudian dibawa oleh anggota RELA bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.
Kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang, Melaka. Remaja tersebut hadir secara “walk-in” bersama keluarganya.
Sehubungan itu, Rusdi turut mengingatkan ibu bapa dan penjaga yang membawa anak untuk divaksinasi supaya memastikan mereka mendapat rehat yang cukup dan makan sebelum hadir ke PPV.
Macam-macam hal lah kan ni. Semak dulu sebelum kongsi.