rentas negeri PPN

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata sasaran 90 peratus itu dijangka dapat dicapai dalam masa dua hingga tiga minggu sahaja lagi.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama. Saya yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi. Namun, dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia.

Pada masa sekarang, 80 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

vaksinasi dewasa rentas negeri

Peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga negeri berkuat kuasa Jumaat ini iaitu Negeri Sembilan akan beralih ke Fasa Empat, Pahang beralih ke Fasa Tiga dan Johor pula bakal memasuki Fasa Dua.

Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)” katanya dalam kenyataan hari ini.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa Dua, Tiga dan Empat, adalah sama seperti sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Baca juga : CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA FULLY VACCINATED

Fasa PPN rentas negeri

Ketetapan lain termasuk membenarkan kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 malam berkuat kuasa 23 September. Selain itu, operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Okt.

Pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling (selam permukaan), selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuat kuasa 1 Okt dengan semua pengusaha, operator, pelawat dan pengunjung lengkap divaksin.

Mengenai kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi, Ismail Sabri berkata mereka dibenarkan hadir dengan kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

rentas negeri vaksinasi dewasa

Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab. Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya.

– Bernama

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge