Pkpp rentas negeri

Kerajaan mengekalkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berkuat kuasa 1 April sehingga 14 April ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Covid-19, petang Selasa.

Ismail Sabri berkata, 10 negeri dan wilayah iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah termasuk Putrajaya dan Labuan dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa 1 April sehingga 14 April.

Baca juga : Isu ‘double standard’ Selebriti Pergi Bercuti, Ini Jawapan Ismail Sabri

Pkpp April 2021

Baca juga : Neelofa, PU Riz Terbang ke Langkawi Bukan Pergi Bulan Madu – Chatime

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak,” kata Ismail Sabri pada sidang media.

Ismail Sabri berkata, rentas negeri hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan PKPP, merentas negeri PKPP lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge