Site icon Geng Borak

Restoran Dapur Selera Ustaz, Tampilkan Hidangan Barat Selera Asia

Tomahawk DSU

Alhamdulillah, secara rasminya Madrasah AnNuur telah menubuhkan sebuah kafe yang diberi nama ” DAPUR SELERA USTAZ “. Tagline juga menarik, Hidangan Barat Selera Asia, Menu Lazat Harga Berkat.

Pada permulaannya, Dapur Selera Ustaz (DSU) hanya berurus niaga dengan mengambil order dan COD sahaja. DSU bermula 8 Jun 2020 yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini adalah salah satu inisiatif bagi menambah pendapatan Madrasah.

Madrasah Annuur (MAN) membuka perniagaan makanan bagi membantu pendapatan bulanan MAN serta memberi peluang pekerjaan buat warga MAN menjana pendapatan mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Chef Mahz yang dulunya berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang Putrajaya, kini mencurahkan sepenuh keringat di Dapur Selera Ustaz. Banyak menu-menu yang ada di DSU ini dan semuanya sedap sehingga terciptanya 99 Menu Makanan dan Minuman.

Ini sebahagian daripada menu-menu yang ada di Dapur Selera Ustaz.

Menu yang istimewa seperti Tomahawk juga ada di Dapur Selera Ustaz ini. Jika nak order, perlu maklum awal kerana persiapan Tomahawk mengambil masa 6 jam sebelum anda sampai. Selain itu, ada lobster, salmon, lamb grill, burger, nasi goreng, pasta dan macam-macam lagi.

Tengok menu pun boleh terasa haus dan dahaga, maka memang sesuailah singgah di Restoran Dapur Selera Ustaz ni. Pada masa sekarang, pengunjung juga perlu ikut SOP ketika berada di kedai makan.

Restoran Dapur Selera Ustaz,
Hidangan Barat Selera Asia,
Menu Lazat Harga Berkat.

Restoran DSU hanya membuat penghantaran di kawasan berdekatan, sekitar Tanjung Agas, Tanjung Gading, Sungai Mati, Bandar Muar, Sungai Rambai dan yang berdekatan.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh follow Restoran Dapur Selera Ustaz di :

Facebook : https://www.facebook.com/dapurseleraustaz
Instagram : https://www.instagram.com/restorandapurseleraustaz/

No. 5, Tingkat Bawah,
Taman Mulia,
Jalan Kesang Laut,
84000 Tangkak, Johor
(Landmark : Kesang Laut Hotel)

Waktu Operasi :
11 pagi hingga 11 malam
Khamis hingga Selasa (Rabu cuti)
Tel : 011-5770 7800

Exit mobile version