Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP. Ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri* mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.
Dana persaraan itu menyatakan bahawa pembayaran itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri.
Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).
Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021. Bagi Ahli yang baru memohon i-Sinar dibawah Kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa TUJUH (7) hari dari tarikh permohonan dibuat.
Pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada Akaun 1 Ahli ini diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.
Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.
Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.
Pembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan Ahli semasa permohonan i-Sinar, iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau secara Arahan Bayaran.
Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).
Ilustrasi
Contoh Situasi Fatimah:
Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000* dan memilih RM5,000 sebagai pembayaran pertama. Jadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Dokumen yang diperlukan memohon i-Sinar Kategori 2
Anda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;
- Slip/Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan;
Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
DAN
Slip/Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan;
Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
DAN - Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;
ATAU - Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Demi memastikan keselamatan Ahli dan anggota KWSP dalam tempoh pandemik ini, anda amat digalakkan untuk memuat naik dokumen sokongan melalui i-Sinar Online.
Anda boleh muat naik dokumen-dokumen sokongan menggunakan laptop, komputer peribadi, telefon pintar atau peranti elektronik lain dengan mudah.
TANPA dokumen sokongan, permohonan anda tidak dapat kami proses sepenuhnya. Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.
Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui;
- i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
- i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Dapat RM1000, sekali dokumen tak sah. Direjek. Yang 1000 tu kena pulangkan balik ke tak ?
Laila recently posted…Anak Muda Pemilik Berani Buat Ini Kongsi Sebab Tidak Buka Akaun TikTok
Tak pulang kan semula..cuma pembayaran seterusnya di batalkan atau di henti kan.
Mcm Saya tkde resit pengeluaran sbelum potongan mcm mane contoh sbelum behenti tk mintak slip gaji dari awal Feb hingga December hanye ambil slip gaji tige bulan terakhir sahaja
ada dua perkara.
1. Awak nyatakan berhenti x minta slip gaji. sepatutnya slip gaji di bagi setiap bulan secara automatik oleh HR. Pearanan awak pula mengingat kan atau minta kat hr. Gagal berbuat demikian slah. Boleh pergi labour. Akta kerja 1955. Awak kena ada payslip utk mengesah kan pemotongan KWSP dan Socso. Mana tau potong ke tidak.
2.Pakai je apa slip gaji terakhir yanmg ada. pastikan ada surat sokongan pemberhentian kerja. Tu yang penting. KWSP boleh check secara automatik bila last caruman awak di buat.
Bukti potongan gaji ada beri tapi surat sokongan tak bagi. Sebab bila mintak kt hr..mcm² alasan bagi..sibuk,xde masa itu la jawpan yg dpat..agak² lulus ke i sinar
Nak tanya bila tarikh pembayaran I sinar kategori 2.klu permohonan dah lulus
ditolak i sinarq
Bismihllah
Kenapa Sy belum Terima pembayaran interim?
Permohonan Kategori 2 pada berapa hb ya? biasanya bermula selepas 7 hari permohonan
nak tanya, kalau permohonan dibuat pada 27/1 adakah masih perlu tunggu dulu untuk bayaran interim?
Kategori 1 saya sudah lulus, jadi adakah saya perlu memohon sekali lagi ke atau tidak? Sebab bila saya pergi https://isinar.kwsp.gov.my, saya hanya boleh semak je. Do I need to upload any documents for category 2 or not?
Jika Kategori 1 sudah lulus, tunggu duit masuk sahaja. tidak perlu mohon kategori 2
Kalau kita baru bubuh dokumen 11/2. Masih dapat duit interim 1k dak?
Saya masih Belum dapat Wang interim I sinar walaupun Ada Yang mengatakan jika permohonan anda sedang diproses…akan dapat Wang interim ini,minta penjelasan
Bila tarikh buat permohonan I Sinar kategori 2 ya?
Hari itu apply k1 tak lulus suruh apply k2 submit documents pada 2 January tapi belum submit apa apa documents lagi blh dapat duit interim
Kena submit documents ke sbb Masih kerja tapi ot tada
Hello apa kah saya juga dapat 1000 tu saya sudah memohon cuma dalam proses lagi
Bila tarikh cikpuan buat permohonan i sinar kategori 2 ya?
18 hb
Selapas itu saya di minta sokongan 27hb baru saya buat
Saya baru saja memohon i sinar kategori 2. Status permohonan saya sedang dalam proses dan tunggu selepas 21hari. Tapi permohonan saya itu telah melepasi tarikh pembayaran interm yg pertama. Ada yg ckp saya layak menerima pembayaran interm tersebut, dan saya nak tau bila ka pembayaran interm saya yg sebab pembayaran interm yg pertama pada 26 jan 2021, permohonan saya pada 28 jan 2021
nak tanya kenapa kawan saya dapat 1000..walaupun kawan sy tidak isi kategori 2..sedangkan sy isi kategori 1 bersama2..kenapa sy xdapat 1000???????
Saya apply pada 12hb januari..duit 1000 tu saya dapat pada 19hb…selepas saya terima duit interim tu saya check status i sinar tunjuk proses saya telah di lulus…maksudya saya layak terima ke..
Dah lulus dah laa tu. Cuba tengok dekat iAkaun pula. Ada di bahagian Withdrawal list tak?
Ada check kat withdrawer history status tunjuk Approved pada 18hb jan..
Hello mcm Mna cara saya ambil tu 1000 apa perlu ke kunter kwsp sebab saya tiada akaun bank??
kenapa saya belum terima interim 1k ? adakah saya tidak lulus untuk kategori 2 atau macam mana ? still dalam proses , mohon pada 11/1 lagi . mohon pencerahan .
Ada check kat withdrawer history status tunjuk Approved pada 18hb jan..tapi list duit masuk bila tu xde…maksudnye dapat ke
Mcm mna cara ambil arahan pembayaran (po
Apa perlu ke kaunter kwsp
Hello kenapa saya belud dan lulus kan sedang kan saya memohon pada 18 bulan 12??? Dan 27 bulan Januari??
Salam.. minta pencerahan ttg status kelulusan terbaru bagi k2 . pada 26 January Ada dpt interim 1k seblum diluluskan permohonan bagi kategori 2.so maknanya apabila diluluskan permohonan maka pngeluaran/ pengkreditan kali kedua selepas interim tu adlh 4k mengikut jumlah penuh pngeluaran pertama sebagaimana dlm contoh dlm jadual pmbyran yg disediakan.pertnyaan sy,pada 4march jumlah pengkreditan yg diluluskan Kali kedua selepas interim telah melebihi jumlah 5k tdk seperti yang dlm contoh jumlah jadual pmbyran selama 6 bulan.jadi adakah tempoh pembayaran penuh selama 6 bulan sepertimana yg dlm jadual pembayaran masih kekal bagi jumlah pengeluaran maksimum 10k tu seribu sebulan selama 6bulan?
Salam..sy apply isinar k2 11 Jan..permohonan dlm proses ..tggu 21 Hari bekerja..interim 1k DH masuk 26 Jan..cuma nk tya 21 he bekerja Tu sampai mna tarikhnya
Saya dah check tulis sudah pun diluluskan tapi tulis dekat situ tiada bayaran seterusnya kerana amaun telah dibayar melalui bayaran interim padahal interim sy 500 sahaja boleh sy tahu kenapa?