Asyraf Wajdi Kwsp

Dulu masa kami perjuangkan awal lagi isu pengeluaran KWSP ini, macam-macam juga tohmahan dan perlian dilontarkan bahkan ada yang mengaitkan dengan Hikayat. Namun apabila Menteri Kewangan akhirnya akur dengan memperkenalkan i-Sinar dan i-Lestari, ramai pula yang claim kredit.

Kali ini apabila kami perjuangkan i-Citra bukannya kerana nak popular tetapi harapan jutaan rakyat terutamanya dikalangan M40 ke atas yang amat terkesan akibat pendapatan yang terjejas dan bantuan yang amat minima sehinggakan mereka buntu untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pelbagai komitmen bulanan yang banyak tertunggak.

Hujah kami, berilah peluang kepada golongan ini untuk membuat pengeluaran kali TERAKHIR bagi memulakan kehidupan pasca pandemik sekaligus mampu memangkin pertumbuhan ekonomi dengan merancakkan aliran tunai dalam ekonomi.

Pada masa sama Kerajaan sudah boleh menyediakan pelan khas bagi membina kembali tabungan rakyat yang juga penting untuk simpanan hari tua nanti. Antaranya termasuklah dari segi meningkatkan komitmen caruman, memperluaskan peluang pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk luar negara dll.

semak dividen kwsp 2018

Saya dan teman-teman Pemuda UMNO Malaysia mendengar dengan penuh minat dan harapan yang Belanjawan 2022 yang dibentangkan kelmarin bakal menjadi instrumen penting untuk pemulihan negara yang ramai rakyat di luar sana dambakan.Analisa awal dan perbincangan bersama-sama teman-teman di Pemuda UMNO Malaysia umumnya Bajet 2022 agak “MENYELURUH DAN OPTIMISTIK”.

Jumlah anggaran perbelanjaan keseluruhan bagi tahun 2022 adalah RM 332.1 billion menjadikan ianya adalah tertinggi dalam sejarah negara. Rumusan awal ini adalah berdasarkan pemerhatian mengenai program-program dan peruntukan untuk kumpulan-kumpulan sasar yang disebut secara spesifik oleh YB Menteri Kewangan.

Baik anak muda, penjawat awam, pekerja-pekerja, pengusaha perniagaan, Ibu dan wanita, belia dan kanak-kanak dan banyak lagi. Sejujurnya, saya dan teman-teman di Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat menyimpan perasaan kecewa, apabila ada beberapa #TuntutanRAKYAT yang kami perjuangkan tidak dipenuhi, walaupun tidak dinafikan sudah ada beberapa #TuntutanRakyat yang kami perjuangkan ditunaikan kerajaan termasuk Moratorium tanpa faedah.

Baca juga : i-Citra RM10,000 One Off Bakal Dilaksana? Ini Antara Senarai #TuntutanRakyat

rasuah duit

Namun antara yang menjadi harapan besar majoriti rakyat iaitu Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off yang tidak dimasukkan oleh Kerajaan dalam pembentangan kelmarin. Apakan daya, walaupun perkara ini telah berkali-kali diperjuangkan secara konsisten bahkan diutarakan di dalam pelbagai medium, platform termasuk mengadakan siri-siri pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negara hatta pengurusan tertinggi KWSP.

Pun begitu, saya dan teman-teman di Pemuda UMNO tidak boleh “lepas tangan”. Dokumen- Dokumen Belanjawan 2022 termasuklah Laporan Ekonomi dan Teks Ucapan YB Menteri Kewangan akan diteliti dengan mendalam oleh kami secara bersama. Banyak cabaran dan kekangan yang akan dihadapi oleh semua pihak termasuklah Pemerintah untuk menjayakan Belanjawan 2022 ini.

Andaian ekonomi dan pengenalan cukai dan duti eksais baru untuk menampung perbelanjaan besar yang dirancang sudah pasti akan memberi impak kepada iklimperniagaan dan harga pengguna kelak.

Oleh yang demikian, pandangan, kritikan dan cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan Belanjawan 2022 oleh Pemuda UMNO Malaysia akan disampaikan kepada Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen. Kami mahu manfaat sebenar dari Belanjawan 2022 akan sampai kepada rakyat dan memangkin kepada pemulihan ekonomi negara.

#PemudaJurubicaraRakyat
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9 Comments

    1. Assalamualaikum , boleh tak bawa keluar rm10000 ribu sekali lagi untuk org yang masih ada kwsp orang yang memerlukan duit, bagi rakyat yang miskin tegar , B40, M40 untuk kami kali terakhir..thn depan minta rakyat tabung balik duit ke dalam kwsp…semoga tengku pertimbangkan masa terdekat ni.

    2. Saya dah tak dapat nak bayar bil air dan elektrik….
      Duit rumah pun tak boleh bayar …..
      Kenapa kerajaan ahli politik nak zalimi rakyat….. !!!!??
      Nak duit sendiri pun tak bagi…..
      Memang pelaq laaaa. .

    3. Kerajaan ahli politik nak rakyat lakukan jenayah …..
      Duit rakyat sendiri pun tak mahu bagi ….
      Aku nak cari belajar ilmu santau …..
      Aku nak santau Menteri yg zalimi aku rakyat yg jadi susah….

  1. Buat lah pengeluaran terakhir 10,000 one off utk ACC satu ni . Nak bayar hutang trtunggak pinjam along . Sebab PKP masa lalu terpaksa berhutang . Bantu lah Kami Yang amat mendesak ni buat Kali terakhir . Tolong Kami Bantu Kami. Terima kasih.

  2. saya merlukan pengeluaran 10000 pengeluaran one off oleh kerana saya tidak bekerja sekarang terpaksa pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru di kampung dengan berniaga warung nasi goreng aruah ibu saya…saya memerlukan modal untuk baik pulih warung yg telah rosak di sebabkan lama telah di tinggalkan…dan perlu modal permulaan untuk berniaga. saya berharap sangat menteri keawangan kita dapat meluluskan nya

  3. Pengeluaran kwsp 10 ribu amatlah saya perlukan kerana saya tiada sebarang punca pendapatan yang tetap dan dalam masa yang sama saya perlu membayar hutang yang tertunggak.saya harap pihak kwsp dapat mempertimbangkan keadaan saya sekarang.

  4. Saya memohon pengeluaran Icitra one off kerana saya terasa betul kesan pandemik covid-19 ini, kewangan Makin meruncing teruk pada masa ini, oleh itu saya memohon betul diluluskan, terimakasih

  5. Saya adalah seorang pesakit stroke sebelah badan Kiri tak boleh gerak.dudah masuk 7bulan saya telah diberhentikan kerja Dan tiada sumber kewangannlainmsayabnaknbayarvhutangbdinankbbanknsebanyakn900setiap bulan selamn3ntahun lagisayabamat betharap bahawanahlimahinet neuluskan. Nya

Leave a Reply to Ammi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge