eBelia Wallet

Berita baik buat belia dan pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 sebelum ini telah memperuntukkan RM75 juta bagi Program eBelia iaitu pengkreditan RM50 ke dalam eWallet belia yang layak. Sebanyak 1.5 juta belia bakal menerima manfaat ini.

Namun dalam pengumuman Perdana Menteri di bawah pakej PEMERKASA, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia dengan meningkatkan kadar bantuan dan syarat yang lebih baik serta bakal beri manfaat ini kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.

Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet bagi mereka yang layak.

Bantuan PEMERKASA 2021

PELAJAR IPT AKAN TERIMA RM150

Melalui penambahbaikan program eBelia sebelum ini, semua pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini berbanding sebelum ini hanya mengehadkan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja.

Namun TERKINI, program eBelia ditambahbaik seperti berikut:

  • Pengkreditan e-wallet RM50 kepada belia yang layak dinaikkan kepada RM150 setiap orang
  • Semua belia berumur 18 tahun hingga 20 tahun akan terima manfaat ini
  • SEMUA pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini walaupun berumur 20 tahun ke atas

Golongan bujang yang berumur 21 dan ke atas yang bukan mahasiswa IPTA/IPTS  tidak perlu risau kerana anda akan terima bantuan bujang di bawah Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350 seorang.

RM150 AKAN DIKREDITKAN KE DALAM EWALLET

Bagi belia dan mahasiswa yang layak, anda akan terima RM150 dalam bentuk kredit. Ini adalah bagi menggalakkan penggunaan eWallet yang lebih kerap dan mengurangkan penggunaan wang fizikal untuk tujuan pembelian.

Mekanisma penyaluran masih tidak diperincikan tapi berkemungkinan besar ia adalah kesinambungan kepada e-Tunai Rakyat dan e-Penjana yang diberikan tahun lalu. Pada ketika itu, syarat-syarat menerima  e-Penjana adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Memiliki salah satu daripada 3 eWallet iaitu Grab, Boost atau Touch n Go eWallet

Maklumat lanjut mengenai Program eBelia ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

eWallet Boost

TARIKH PELAKSANAAN EBELIA

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Program ini akan dimanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit. Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan Geran Khas Prihatin 3.0 yang akan memberi manfaat RM1,000 kepada perusahaan mikro dan PKS terjejas.

Kerajaan juga telah meluluskan Pengeluaran Akaun 1 KWSP TANPA SYARAT melalui i-Sinar diperluas kepada semua Ahli KWSP yang melibatkan seramai 8 juta Ahli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge