Tabung Haji 2020

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 adalah 3.10% berbanding 3.05% bagi tahun kewangan 2019.

Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah RM2.24 bilion, iaitu RM103 juta (5%) lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2019. Agihan bagi tahun 2020 akan memberi manfaat kepada kira-kira sembilan (9) juta pendeposit TH.

Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Agihan Keuntungan Tabung Haji 2020

TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Baca juga : Kisah Menarik Di Sebalik Perjalanan Jemaah Haji Dulu-dulu, Berbulan Belayar Di Lautan

Agihan tabung haji 2020

Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2020 adalah layak.

Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995). Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

tabung haji logo

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2021 (sebelum 3 Mac 2021) pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan.

Agihan Keuntungan boleh disemak mulai pukul 12 tengahari, 3 Mac 2021. Baki simpanan terkini boleh disemak di:

  • kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  • laman sesawang www.thijari.com.my
  • portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
  • ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge