Bantuan URUS B40 dan B50

Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Permohonan GKP 2.0 yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dibuka pada 1-31 Oktober 2020 lepas.

Setiap permohonan terbabit turut diteliti secara semak silang atau disahkan oleh data agensi ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan hanya PKS mikro yang benar-benar layak mendapat bantuan tersebut demi kelangsungan perniagaan mereka.

Geran Khas Prihatin 2.0 online

PKS mikro yang telah memohon GKP 2.0 ini boleh menyemak status kelulusan mulai 27 November 2020 manakala tarikh pembayaran pula dijangka mulai 30 November 2020.

Ada juga permohonan yang tidak diluluskan. Antara sebab permohonan tidak diluluskan adalah PKS mikro terbabit tidak memenuhi syarat seperti tiada lesen PBT atau tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Selain itu, terdapat PKS mikro yang mempunyai bilangan pekerja melebihi lima orang. Kerajaan amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya termasuk PKS mikro.

Baca juga : Bantuan RM600 Sebulan, Program Subsidi Upah 2.0

Cetak wang

Oleh itu, GKP 2.0 ini merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi negara.

GKP 2.0 merupakan bantuan kewangan secara sekali beri berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang layak dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan Covid-19.

Di bawah GKP asal sebelum ini, lebih 545,000 peniaga mikro seluruh negara telah mendapat manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan itu mencecah RM1.63 bilion.

28 Comments

    1. Boleh Mohon lagi gkp 2.0 encik .

  1. Sy telah memohon gkp 2.0 dgn ssm tamat tempoh. Apakah status kelayakn sy? Adakah boleh untuk sy renew SSM dan kemaskini borang kembali, dalam masa permohonan telah sy hantar?

  2. Tadi dh semak…x lulus..boleh x buat rayuan…keje berdua,kadang2 bertiga…sangat memerlukan time2 pkpb ni…

  3. Tidak lulus sebab salah tulis perkataan tidak .tiada rayuan sekian lama tungu tetapi pasal salah tulis tidak. Oparasi. Ini tidak adil masalah time nk start niaga covi sampai nasib memang x baik ingat dapat batuan tungu sekian lama .kecewa sangat

  4. assalamualaikum…adakah rayuan untuk yang tidak lulus? permohonan saya tidak lulus atas alasan saya tidak menjalankan perniagaan tahun 2020 tetapi saya mmg menjalankan perniagaan tahun 2020 pada 3 bulan pertama dan tidak dapat menjalankan perniagaan semasa PKP. Pada paparan borang saya juga ditulis tidak menjalankan perniagaan.

    1. Author

      waalaikumussalam, billa proses rayuan nanti, boleh betulkan semula untuk operasi pada 2020

  5. assalamualaikum saya x lulus sebab salah tulis blh ke buat rayuan tlnglah saya niaga hari2 tapi x lulus n keadaan sekarang makin lah susah nk niaga utan banyk nk byr

  6. Sebelum ni sy DPT bsh.. tapi lepas mohon ckp.. bsh dah dibatalkan sbb ada ssm… Peliknya Gkp sy tak lulus sbb agensi tak wujud.. sy renew 2 tahun dh..

  7. Saya dah ditulis LULUS sejak minggu lepas. Tapi bila cek akaun syarikat, masih belum terima. Agak-agak bila ya. TQ

      1. Acc syarikat pun tak ape Kan?? Mesti Akan masuk direct ACC jga Kan?

        1. kena acc sendiri. saya punya tak masuk lagi pasal pakai acc company

  8. bilakan rayuan GKP yang tidak lulus akan dibuka semula.gagal kerana tidak wujud di agensi.sedangkan di dsaftsr di SSM

  9. saya nak kemaskini untuk Pertukaran bank, tapi kenapa ya Maybank takde dalam list?

    1. Sama Saya Tuan..

  10. Bilakah tarikh bayaran rayuan 2.0 akan d umumkan

  11. i have applied but u mf still rejecting my application

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge