Site icon Geng Borak

RM3000 Untuk Kerja ‘Eksekutif Tidur’, Hanya Perlu Tidur 8 Jam Sehari

sleep and paid

Siapa yang tidak suka dengan tidur. Ini kerana dengan tidur lah kita dapat merehatkan minda dan badan yang keletihan selepas seharian bertungkus lumus bekerja.

Dan apabila anda dengar mengenai tawaran ini pastinya ada akan tertarik kerana inilah satu-satunya peluang untuk anda buat perkara yang paling anda minati.

Mungkin ia kedengaran pelik tapi inilah yang ditawarkan. Jika sebelum ini kita sering dengar syarikat ingin cari pekerja khas untuk tidur tetapi tawaran itu di luar negara, kali ini syarikat dari Malaysia ingin tawarkan anda peluang yang sama.

Menerusi kempen “Get Paid to Sleep” oleh syarikat tilam atas talian Sonno, menawarkan jawatan “Eksekutif Tidur” dan tugasnya hanyalah untuk tidur di atas tilam mereka selama 8 jam sehari selama 100 malam.

Kerja tidur pun boleh dapat duit!

Pemohon yang berjaya menyelesaikan misi akan diberikan gaji RM3,000 serta menerima sebuah tilam Sonno Lite dan bantal Sonno terbaru.

Ini merupakan peluang keemasan buat anda yang teringin jadikan tidur sebagai kerjaya.

Buat anda yang berminat untuk memohon sebagai “Eksekutif Tidur” boleh memohon mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020.

Anda hanya perlu isi butiran anda dan beritahu kenapa anda merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia!

Jika anda berjaya, anda akan dihubungi sebelum 20 Ogos 2020 dan akan memulakan pekerjaan ini pada 1 September 2020 hingga 10 Disember 2020.

Apa yang anda perlu lakukan jika anda terpilih hanyalah memuat naik video berdurasi 30 saat ke laman sosial anda sebanyak 2 kali seminggu sepanjang tempoh tersebut.

Malah, anda juga perlu hasilkan sebuah laporan menceritakan pengalaman dan maklum balas mereka sepanjang mereka tidur di atas tilam Sonno Lite.

Siapa yang nak kerja ni, boleh mohon di Sonno Lite

Exit mobile version