Site icon Geng Borak

RM500 Bantuan GKP 4.0 Bermula 21 September 2021

bayaran GKP 4.0

Kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro, dengan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 mulai Selasa ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali mulai 21 Sept, 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 sebanyak RM500.

Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro untuk meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Siapakah yang layak menerima Bantuan GKP 4.0?

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
a) Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
b) Permohonan baharu GKP 4.0

Jika permohonan BPR 2021 atau Rayuan BPR 2021 berstatus Lulus, tidak layak GKP 4.0. GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 Sept, 2021 melalui portal GKP di laman sesawang gkp.hasil.gov.my.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Diharapkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 4.0 ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia. Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai.

Exit mobile version