Bayu Sutera merupakan salah satu kawasan perumahan yang semakin popular di Malaysia, terletak di sebuah lokasi strategik yang menggabungkan keharmonian kehidupan moden dengan alam semula jadi. Projek perumahan ini menawarkan pelbagai keistimewaan yang menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari keseimbangan antara keselesaan urban dan ketenangan semula jadi.
Untuk pengetahuan, projek terkini pemaju Matrix Concepts Holding Berhad (Matrix) di Bayu Sutera adalah kediaman Izara II dan Elonia III yang tetap kekalkan persekitaran yang cantik dan selesa. Dan yang lebih menarik lagi jika miliki rumah tersebut dengan pakej umrah.
Ada yang nak booking rumah, dalam masa yang sama ada juga perancangan untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah? Maka pilihan kediaman di Bayu Sutera ini memang tepat sekali.
Pembangunan Bayu Sutera
Bayu Sutera terletak di kawasan yang mudah diakses dari pusat bandar utama dan kemudahan awam. Lokasinya yang strategik membolehkan penduduk menikmati akses mudah ke pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, institusi pendidikan, hospital, dan tempat rekreasi. Ini memberikan keselesaan kepada penduduk dalam menjalani kehidupan seharian tanpa perlu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan.
Kawasan Bayu Sutera ini meliputi keluasan 216 ekar dan fasa pertama pembangunannya telah dilancarkan pada tahun 2021. Penjualan pantas fasa sebelum ini merupakan bukti penerimaan ramai dengan kejayaan menyiapkan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah.
Salah satu tarikan utama Bayu Sutera ialah persekitarannya yang hijau dan segar. Pembangunan kawasan perumahan ini mengekalkan banyak kawasan hijau dan taman-taman yang indah. Ini memberikan suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan selepas hari yang sibuk di bandar.
Tawaran Kediaman Terkini
Perumahan di Bayu Sutera direka dengan konsep moden yang mengutamakan keselesaan dan fungsi. Setiap unit rumah dibina dengan teliti menggunakan bahan berkualiti tinggi dan rekaan yang menarik. Yang bagusnya, kediaman di sini berdekatan dengan tepi tasik baharu dengan ciri rumah pintar.
Antara ciri rumah pintar di rumah kediaman Izara II & Elonia III seperti kunci digital, lampu bermodul, penghawa dingin IR Blaster dan pelbagai lagi.
Bagi kediaman di Izara II dan Elonia III, kedua-duanya menawarkan rumah teres dua tingkat jenis hartanah milik bebas dengan keluasan 20’ x 70’ binaan 2,315 kaki persegi. Inilah kediaman yang cukup selesa dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Untuk Izara II ini hanya ditawarkan 171 unit, manakala Elonia III hanya esklusif 38 unit sahaja.
Rumah-rumah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti dapur, bilik tidur yang luas, bilik mandi en suite, susun atur yang terbuka dan ruang tamu yang selesa. Reka bentuk dalaman yang elegan dan praktikal memastikan setiap ruang dioptimumkan untuk kegunaan seisi keluarga.
Tawaran Pakej Umrah Eksklusif
Ini ada berita yang cukup menarik bagi mereka yang membeli rumah di Fasa terbaharu Bayu Sutera. Setiap pembeli akan menerima pakej umrah percuma yang merupakan baucer tunai umrah bernilai RM16,000 untuk dua orang.
Pakej umrah ini adalah selama 11 hari 10 malam di Arab Saudi, berserta tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan makanan yang disediakan sepenuhnya.
Selain dapat melaksanakan ibadah umrah, dapat juga ziarah di pelbagai lokasi menarik seperti melawat Muzium Al Wahyu di Mekah. Selain itu, ada disediakan juga kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam dan dibimbing oleh Mutawif yang cukup berpengalaman. Butiran terma dan syarat selanjutnya boleh dirujuk pada agensi pelancongan yang dilantik iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.
Kempen tawaran pakej umrah ini berlangsung dari 20 Mei hingga 20 Ogos 2024, esklusif hanya untuk pembelian fasa kediaman Izara II dan Elonia III (unit Bumi sahaja).
Komuniti Bayu Sutera
Bayu Sutera tidak hanya menawarkan rumah yang selesa, tetapi juga menyediakan pelbagai kemudahan komuniti untuk memenuhi keperluan penduduknya. Mereka yang duduk di sini akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk bersosial dan beriadah, tetapi juga menyumbang kepada gaya hidup yang sihat dan aktif.
Penduduk dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka dan keluarga.
Baru-baru ini, pihak Matrix Concepts Holding Berhad telah ini memenangi The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024. Cukup membanggakan dan jelas menjadi pilihan ramai orang dengan projek-projek yang telah disiapkan.
Pembangunan dan Kemudahan Tambahan
Semuanya serba lengkap di Bayu Biz, yang merupakan hab komersial dalam Bayu Sutera. Boleh beli barangan keperluan harian di situ. Selain itu, ada d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Sendayan Merchant Square.
Selain itu, akses mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kajang-Seremban menjadikan perjalanan ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Seremban menjadi lebih mudah dan cepat.
Inilah kelebihan apabila membeli rumah di kawasan Bayu Sutera, kawasan yang matang dengan populasi yang semakin bertambah dan kemudahan yang mencukupi.
Tawaran Jualan dan Promosi
Matrix Concepts Holding Berhad sentiasa menawarkan pakej jualan terbaik berserta kempen yang cukup menarik. Bagi mereka yang membeli rumah di Bayu Sutera, bayaran pendahuluan yang dikenakan adalah cukup rendah dan berpatutan.
Untuk yuran guaman diatas duti SPA dan pinjaman, ianya diberikan secara percuma. Bagi setiap pembeli rumah di Bayu Sutera secara automatik akan menjadi ahli kelab d’Tempat Country Club. Tiada yuran dikenakan kerana ianya percuma dan pembeli boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan di rumah kelab ini.
Usah lepaskan peluang untuk dapatkan rumah di fasa terbaru Bayu Sutera iaitu Izara II dan Elonia III.
Dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan, Bayu Sutera adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari tempat tinggal yang selesa, selamat, dan berdaya maju. Ambillah peluang yang tersedia ini untuk miliki rumah dan tunaikan umrah. Dunia dapat, akhirat pun dapat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen yang sedang berlangsung boleh layari: https://umrahbersama.bayusutera.com/4
Instagram @ matrix_concepts
Facebook @ matrixconceptshomes
#BayuSutera #IzaraII #EloniaIII #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving #UmrahPackage
Meriah offer nie. Rumah dahlah grand – berciri pintar plak. Dapat plak pakej umrah lengkap.
menarik betul kempen ni.. beli rumah dapat peluang tunaikan umrah.kalau dapat grab peluang ni best gak kan
Beruntung bagi siapa yang membeli rumah di sini, beli rumah dapat tunai Umrah bersama.. rezeki buat mereka
Rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Impian semua umat Islam ni…dapat jejak kaki ke Tanah Suci.
Bestnya dapat berjiran denga GB..
Untung sapa dapat beli masa tengah promosi macam nie..
Waaa nice offer . Beli rumah boleh dapat pakej umrah
Untung betul sape yang beli rumah kat sini
kalau lah ada rezeki lebih memang kak ana pun teringin nak menjadi komuniti di Bayu Sutera ni, apatah lagi dengan tawaran hadiah pakej umrah sekali tu… Masyaa Allah beruntung bakal pembeli