Site icon Geng Borak

Rutin Tazkirah Johan Selepas Solat, Buka Hati Pembantu Rumah Peluk Islam

Johan Raja Lawak Ozlynn

Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak menyangka amalan menyampaikan tazkirah kepada anggota keluarga setiap kali selepas solat membawa perubahan besar dalam kehidupan pembantu rumahnya.

Berkat selalu mendengar tazkirah yang disampaikan, ilmu yang dipelajari dalam diam berjaya membuatkan hati wanita itu untuk memeluk agama Islam.

“Saya mempunyai seorang pembantu rumah dari seberang yang asalnya beragama Kristian.

“Dia bekerja dengan saya selama tiga tahun. Ketika kami sekeluarga solat berjemaah, saya pastikan masa yang terluang antara waktu Maghrib dan Isyak diisi dengan penyampaian tazkirah.

“Setiap kali sesi perkongsian ilmu berlangsung, dia akan duduk di sudut surau dalam rumah kami dan mendengar topik dibincangkan. Dia hanya mendengar tanpa bertanyakan apa-apa,” – Johan

Bagaimanapun, menurut pemilik nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu, dia tidak mengetahui perkara itu hinggalah selepas pembantu rumah berkenaan pulang ke negara asalnya.

“Hanya selepas dia balik ke Indonesia sewaktu perintah kawalan pergerakan barulah saya dapat tahu pembantu rumah ni dah peluk agama Islam,” jelasnya.

Johan berkata demikian pada majlis sidang akhbar program realiti nyanyian program Ceria Popstar Xtra di ibu kota baru-baru ini. Program mencungkil bakat nyanyian kanak-kanak itu mengekalkan Johan sebagai juri tetap.

Hal yang membuatkan dia lebih terharu adalah selepas mendapati usaha dilakukan wanita berkenaan untuk mendalami agama Islam.

Baca juga : Hijrah Mizz Nina Jadi Inspirasi, Tiada Kontroversi

“Saya terjumpa buku nota miliknya yang tertera surah al-Fatihah, namun ditulis dalam tulisan rumi. Sekali gus menggambarkan betapa bersungguhnya dia mempelajari dan mendalami agama Islam,” kongsinya.

Selepas bergelar mualaf, suami kepada pelakon Ozlynn Wati itu memaklumkan pembantu rumahnya terus mendapat bimbingan daripadanya. Namun katanya, kali ini wanita itu banyak mengajukan soalan mengenai Islam.

“Kini, pembantu rumah sudah kembali bekerja dengan saya. Jika sebelum ini hanya mendengar saya menyampaikan tazkirah, kali ini, dia pula bertanya jika ada sesuatu tidak difahami,” -BH Online

Exit mobile version