Site icon Geng Borak

Saham Naik Selepas Pilihanraya? Inilah Peluang Anda!

Undi Pilihanraya

Pilihanraya Umum ke 15 hampir ke kemuncaknya. Bertebaran calon-calon dari pelbagai parti berkempen setiap hari. Tak kira secara online ataupun offline turun padang bertemu penduduk.

Ada yang memberi ilmu, ada yang mempertahankan, ada yang menabur perasaan amarah demi meluaskan pengaruh parti politik pilihan.

“PRU sudah datang, habislah pasaran saham!”

“Takutlah nak masuk saham sekarang, market tengah tak cantik”

Selalu dengar ayat di atas kan?

Bagi pelabur saham, mesti pernah mendengar kata-kata ini daripada orang sekeliling sejak akhir-akhir ini.

Sebagai seorang pelabur, kita bukan sahaja membaca berita-berita dan cerita-cerita untuk mencari pemimpin terbaik, tetapi kita juga melihat reaksi bagaimana politik memberi reaksi kepada pasaran saham.

Tapi kan, betulkah saham akan naik selepas pilihanraya?

Bolehkah kita menjangka dan membuat keuntungan dari kaunter-kaunter mengikut musim pilihanraya?

Jawapan: Ya betul, pasaran saham negara kita terpengaruh dengan berita-berita politik.

Kenapa?

Kita kena faham, ada syarikat-syarikat di Malaysia adalah jentera dalam memastikan kelangsungan politik satu-satu parti.

Ada juga ahli keluarga dan rakan-rakan baik ahli politik memegang jawatan penting seperti pengarah, pemegang saham dan penasihat dalam satu-satu syarikat.

Selain itu, ada syarikat yang memperoleh keuntungan daripada projek-projek kerajaan.

Ketiga-tiga faktor ini memberi impak kepada kenaikan dan penurunan harga saham syarikat tersebut.

Sebagai contoh, sebelum musim pilihanraya, parti-parti politik ini akan cuba menaikkan harga pasaran saham dan seterusnya menjual pegangan saham mereka untuk mendapatkan dana.

Pengaruh Politik Dalam Saham

Di antara kaunter yang dipengaruhi politik:

Kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim – MUI Properties Bhd, Malayan United Industries Bhd (MUI Group), Pan Malaysia Holdings Bhd and Advance Synergy Bhd (ASB)

Kaunter Berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin – Eden Inc Bhd dan Thriven Global Bhd.

Kaunter Berkaitan Dato’ Sri Ismail Sabri – Dataprep Holdings Berhad, Sedania.

Kaunter Berkaitan Barisan Nasional – MyEG, Media Prima Bhd, Star Media, Datasonic (dikaitkan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

Pemerhatian menarik ketika PRU-14

Dalam pilihanraya ke 14, ada satu perkara menarik berlaku dalam pasaran saham.

Kebiasaannya, ketika pilihanraya, saham-saham berkaitan Barisan Nasional akan menunjukkan peningkatan.

Tetapi sebelum pilihanraya pada 2018 lagi, kaunter-kaunter berkaitan Tun Mahathir telah menaik dengan kuat.

Kaunter-kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meningkat sebelum pilihanraya.

Adakah ini bermakna sentimen dalam Bursa Malaysia menunjukkan sentimen di dunia luar?

Jawapannya, YA untuk PRU-14. Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan menang dan menguasai tampuk pemerintahan.

Setelah menang, saham-saham berkaitan terus naik dan memberi keuntungan kepada pemegan-pemegang saham.

Ramalan Sukar PRU15

Untuk pilihanraya yang akan berlangsung pada Sabtu ini, ianya lebih sukar diramal.

Tiada indikasi kuat yang menyatakan siapa akan menang seperti pilihanraya sebelum ini.

Pilihan pemilih terpecah tiga, berbanding dua sebelum ini.

Dan buat pertama kali dalam sejarah, kita melihat dari ketiga-tiga parti ini, tiada satu-satu pun benar-benar kuat, terpasak dalam hati rakyat secara majoriti.

Dengan usaha-usaha seperti Pengundi 18 serta pendaftaran automatik, kita juga bakal melihat perkara baru berlaku dalam pemilihan pemimpin negara.

FCPO dan Pilihanraya

Satu lagi persoalan menarik, bagaimana pilihanraya mempengaruhi pasaran Futures Crude Palm Oil (FCPO)?

Dari pemerhatian, selama dua tahun, trend besar FCPO akan menunjukkan penurunan.

Satu sifat FCPO ialah, momentum untuk ianya menurun adalah lebih kuat berbanding ianya menaik. Ia akan turun dengan kuat berbanding menaik.

Tetapi di sinilah letaknya kebaikan FCPO.

Ia adalah pasaran dua arah, maka kita boleh ambil kesempatan untuk jual dulu kemudian beli (macam dropship).

Dan kita boleh beli kemudian jual bila pasaran menaik.

Satu lagi kebaikan FCPO, ianya adalah untuk semua. Ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti atau individu politik. Bermaksud, ianya tidak terikat kepada sentimen.

Jadi, sebagai seorang pelabur, kita perlu bijak dan kuat mengawal emosi agar tidak terikut-ikut dengan sentimen trend. Percayalah dengan analisis yang dibuat sendiri melalui ilmu betul yang dicari. Tidak perlu Fear Of Missing Out (FOMO).

Percayalah, setiap orang berpeluang untuk membuat keuntungan dalam pasaran berbekalkan ilmu dan masa yang tepat.

Kita hanya perlu pandai baca carta, dan buat keputusan untuk buat duit dari FCPO.

Nak belajar lanjut tentang trading FCPO?Jom baca lebih lanjut di https://atmasterclass.com.my/

Exit mobile version