Sembahyang raya

GengBorak mengucapkan selamat meraikan Aidilfitri kepada semua pembaca kami.

Hari Rabu ini masih menjadi cuti umum bagi kebanyakan negeri di negara ini. Ini selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad lalu (1 Mei) akan diganti pada Rabu (4 Mei).

Pada awalnya, cuti Hari Pekerja sepatutnya diganti pada Isnin (2 Mei) manakala cuti Aidilfitri dijangka pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei). Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan Aidilfitri akan disambut pda Isnin (2 Mei) dan Selasa (3 Mei).

Dengan penggantian Hari Pekerja dipindahkan ke hari Rabu, penyusunan semula akan mengekalkan Isnin hingga Rabu sebagai cuti umum.

Baca juga : Amalan dan Perkara-perkara Sunat Pada Hari Raya Aidilfitri

4 Mei Rabu Cuti Umum

Walau bagaimanapun, ia hanya akan digunakan untuk negeri yang mempunyai hari Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu. Ia tidak akan terpakai kepada Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor yang mempunyai hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu.

Ini kerana negeri-negeri berkenaan telah pun menyambut cuti Hari Pekerja pada 1 Mei dan tidak memerlukan penggantian.

“Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap 8),” kata Ismail Sabri dalam stu kenyataan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata cuti itu tertakluk kepada keputusan negeri masing-masing. Beberapa negeri telah memutuskan untuk mengumumkan cuti tambahan bagi melanjutkan cuti sepanjang minggu semasa musim Aidilfitri.

1 Comment

Leave a Reply to Min Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge