Site icon Geng Borak

Sambal Nyet Kena Ciplak! Khairulaming Buat Tiga Tuntutan

Sambal nyet khairulaming

Nama Khairulaming sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Selain terkenal dengan video masakan sempoi dengan tagline ‘Hey what’s up guys’, jejaka ini juga menjadi sebutan ramai kerana produk Sambal Nyet keluarannya yang laku keras!

Bayangkan, produk sambal jenama sendiri yang dilancarkannya pada Januari lalu laris terjual di platform Shopee sebanyak 10,000 botol dalam tempoh 54 minit sahaja. Lebih menakjubkan, Khairulaming berjaya mencatat angka jualan Sambal Nyet sebanyak lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan!

Dek kerana sambutan yang cukup hangat, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan cuba menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama Sambal Nyet.

Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut, apatah lagi sudah lebih 700 botol sambal palsunya terjual.

“Lately aku pelik kenapa ada customer DM aku cakap sambal berbuih tapi bila aku tengok gambar botol and postcard, ada macam something tak kena.

“Macam lain design dan rupa sambal. Dan kami kemudian mengenal pasti mereka membeli dari ‘Masturaaliyah’ yang mendakwa dirinya sebagai reseller.

“Aku baca review kat Shopee dia dan ramai bagi satu star sebab sambal basi, berair, pecah dan bau busuk. Untuk kumpul bukti, aku mintak kawan aku beli sambal ni dari dia dan memang betul ni sambal tipu,” tulisnya.

Menurut Khairulaming, sambal palsu tersebut menggunakan nama dan label yang seakan sama dengan Sambal Nyet namun menerusi pemeriksaan teliti, terdapat beberapa ciri yang nyata berbeza daripada sambal original.

Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her :

1. Bayar pampasan tunai. tapi duit ni aku takkan refund balik kepada buyers sbb proses refund ni tak mudah and aku nak buyers utk take accountability jgk. oleh itu 100% duit ni aku akan sedekah kat asnaf yg memerlukan di bulan puasa ni. aku tak akan ambil satu sen pun.

2. Public apology video. this is her apology video admitting her mistake yang palsukan kandungan sambal dan juga design botol sambal nyet

3. Statement pengakuan salah di balai polis. tadi dia dh pergi ke balai polis damansara yg aku buat laporan semalam, and buat pengakuan bertulis kat situ. semua details dan pengakuan dah captured dlm report polis.

In addition to that, kedai dia pun sudah di banned dari shopee walaupun semalam nama kedai sudah ditukar dari MasturaAliyah ke DK Perfume Shop

I hope this will be a lesson to anyone yg cuba nak buat macam ni lagi in the future. tq guys for sharing this issue, diharapkan kita semua aware utk tidak ambil mudah benda mcm ni. selamat berpuasa everyone.

Dan selepas kisah ini, ada pula penjual yang menggunakan nama Sambal Nyet Khairulaming yang didatangkan dari Mainland China. Apa kisah seterusnya?

Sumber : Mstar, Twitter Khairulaming

Exit mobile version