0Shares

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini. Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan laksana pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion

Baca juga : Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021, Tambahan RM100 – RM500

Antara Bantuan PKP 3.0 adalah:

  • Kerajaan setuju tambah peruntukan RM1 bilion bagi tingkat kapasiti dan perkukuh kesihatan awam.
  • RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
  • BPR Tambahan:
    Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500
    Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 terima bantuan RM300
    Golongan bujang akan menerima RM100
    BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun
  • PM Muhyiddin saran agensi dan syarikat kerajaan tawar penangguhan bayaran balik pinjaman, diskaun sewa premis perniagaan.
  • Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  • Kerajaan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas.
  • GKP ditambah sebanyak RM500 menjadi RM1500 akan diterima oleh PKS dan pengusaha mikro.
  • Kerajaan lanjut pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Dis.
  • Gaji menteri, timbalan menteri selama tiga bulan mulai Jun akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19
0Shares

3 Comments


  1. Banyak juga ye bantuan kali ini..harapkan dana masih mencukupi..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge