Live streaming Gegar Vaganza 8

Program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim 8 dengan menampilkan 13 peserta mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi Gegar Vaganza 8 kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Dengan tag line Bintang Kembali Menyengat, Gegar Vaganza 8 bakal menyaksikan enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi wanita dan dua peserta berkumpulan.

Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di The Summit 1, Bangsar South City, pada Selasa.

Senarai Penuh Peserta GV8
Kredit Gambar : Gempak.com

Senarai Peserta Gegar Vaganza 8

  • Aweera
  • Azan Scan
  • Datuk Fazley Yaakob
  • Shidee
  • Bandi Amuk
  • Aliff Aziz (Singapura).
  • Adibah Noor
  • Ani Mayuni
  • Suki
  • Nikki
  • Upiak Isil (Indonesia).
  • Saiful Apek & Yassin
  • Nico

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu populariti dan kredibiliti jenama Gegar Vaganza kini semakin matang. Katanya, matlamat utama Astro adalah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan.

“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun anatara tarikan utama Gegar Vaganza 8 pada kali ini. Selain itu kami juga melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani.

“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu yang menjadikan proses penjurian musim ini lebih sukar dan mencabar,” ujarnya.

Konsert Gegar Vaganza 8 akan bersiaran setiap Ahad, selama 10 minggu bermula 21 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Peserta Gegar Vaganza 8

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam.

Gegar Vaganza 8 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap di samping Datuk Ramli MS dan Ibu Hetty. Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO pula selaku penaja bersama.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7). -Mstar, Astro-

4 Comments

  1. agak sengit jugak peserta-peserta kali ni tapi nama yang kuat yang i rasa memang akan lepas ke Final ialah Adibah dan Bandi Amuk tu

  2. kita pilih Aweera kalini..suara dia not bad.
    Adibah noor pun best.
    nikki pun best
    ehhhhhh ramainya
    Ammi recently posted…First TimeMy Profile

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge