Site icon Geng Borak

Siapa sakitkan hati isteri, bukan sahaja rezeki jadi sempit… Tetapi rezeki yang ada pun boleh Hilang

Suami isteri solat

Sering kali diingatkan bahawa isteri itu adalah lorong rezeki buat suami. Setiap kali suami membuatnya menangis dan terluka, tentu sahaja rezeki itu akan sempit sedikit. Ramai yang tak menyedari dengan beranggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup sahaja.

Ramai orang ambil mudah dan anggap enteng sahaja perkara ini, sedangkan kalau di mata manusia itu isteri itu tiada apa-apa tetapi dia sebenarnya mulia di mata Allah.

Mana ada orang yang boleh terima baik buruk suami kalau bukan isterinya, malah mana ada orang yang sanggup bertarung nyawa kerana ingin melahirkan zuriat hanya kerana rasa cintanya kepada suaminya.

Sedikit pesanan dan nasihat dari Ustaz Ebit Lew khas buat para suami yang suka menyakiti hati isteri.

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur (ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang sudi yang menemani hidup kita selamanya. hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah.

Ya Allah. Menangis. Ya Allah. Ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita. Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas.

Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang. Maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Masa anak kedua, ketiga, keempat, czer. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis.

Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang.. selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. .. -ebitlew

Kahwin ni bukan untuk ‘sedap’ semata.. tapi banyak tanggungjawab yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat, tapi kita kena ingat ALLAH Azza Wajalla Maha Melihat. Kita akan dipersoalkan kat akhirat nanti.

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..

Exit mobile version