Site icon Geng Borak

Sotong Goreng RM100 Hameediyah, Tuan Kedai dan Pelanggan Jawab Isu Harga Cekik Darah

Hameediyah sotong viral

Selepas tular isu ikan siakap, timbul pula isu baru apabila seorang pelanggan berkongsi pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan sotong goreng berharga RM100.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, individu itu turut meminta agar orang ramai lebih berhati-hati kerana tidak mahu nasib sama menimpa mereka.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa telahpun ke kedai tersebut yang dikatakan terletak di Pulau Pinang bagi meminta penjelasan pemilik premis berkenaan berhubung isu yang sedang tular.

“Dia tak cakap apapun sebelum ni”

Difahamkan, sistem jual belinya dengan pelanggan itu tidak mendapat sebarang bantahan kerana mereka bersetuju untuk membayar harga sotong tersebut walaupun tahu harga sebenar.

“Saya ingat ada dua orang datang kedai saya, rambut dia merah. Kedua-duanya ambil sotong besar dan dia tak cakap apapun.”

“Malam tu baru saya tahu benda ni dah viral.”

-Tuan kedai-

“Mereka ada hak untuk cancel”

Dalam kenyataan sama, pemilik premis juga meluahkan kekesalan akan sikap pelanggan itu kerana tindakan mereka memperbesarkan isu tersebut, sedangkan kedua-duanya ada hak untuk tidak mengambil sotong tersebut jika mahal.

“Sebelum ini pun ada je orang beli RM80, tapi tak dapat apa-apa complain pun.”

“Dia patu tengok harga dulu, kalau mahal boleh je cancel… Lagipun diaorang ada hak samada nak atau tak.”

“Harga mentah pun cecah RM35-RM100 sekilo…rempah semua asli, kita tak guna rempah biasa…”

-Tuan kedai-

Permohonan maaf dari owner resit yang membeli sotong

Saya owner gambar resit berkenaan dengan restoran *HAMEEDIYAH* ingin memohon maaf diatas kesalah fahaman yang berlaku ini . Pada jam lebih kurang 5petang ( 23/11/2021 ) , saya pergi ke restoran berkenaan untuk membeli makanan , saya dan pasangan telah mengambil 2 ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor .

Saya juga melihat owner restoran key in harga tersebut , dan saya tidak membantah untuk harga tersebut kerana sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama , jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan kerana sama dengan sebelum ini . Saya hanya upload di IG Story , dan tidak meletakkan caption mahal atau sebagainya .

Tetapi ada pihak yang ” screenshot ” posting berkenaan dan memuat naik di laman facebook beliau serta tag lebih kurang 70orang dengan caption ” Hati hati kawan2..yg mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai Rm100. ”

Posting berkenaan telah viral selepas beliau muat naik dengan caption sebegitu . Disini saya ingin jelaskan bahawa harga berkenaan memang harga yang sepatutnya oleh kerana sotong yang kami ambil itu sotong bersaiz besar , dan harga berkenaan tidak mahal kerana saiznya berbaloi , jadi untuk sesiapa yang telah salah anggap dan mengatakan saya cakap harga itu mahal adalah tidak benar .

Harga sama dengan sebelum ini saya beli di restoran berkenaan . Saya tidak berniat untuk viralkan posting berkenaan , tetapi ada pihak lain yang telah screenshot dan memuat naik di laman fb dengan caption yang seakan akan ingin mengatakan saya mengadu tentang harga berkenaan . Jadi dengan penjelasan ini saya harap orang ramai tidak salah faham lagi di antara harga dengan posting sebenar saya .

Saya juga ingin memohon maaf dia atas kesalahan pihak saya , dan orang yang viralkan posting berkenaan , saya harap orang ramai jelas dengan isu ini . Terima Kasih .

Exit mobile version