Undi Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak dan boleh tangguh Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan PRU15 tidak dapat dilaksanakan kelak.

Katanya, dua bulan sebelum Parlimen dibubarkan, satu mesyuarat bersama menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri bagi memastikan persediaan menghadapi banjir dalam keadaan terbaik.

“Kerajaan sudah bersedia, namun jika banjir besar berlaku sehingga tidak boleh keluar mengundi, jadi saya akan berbincang bersama SPR sekiranya ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.

“Saya juga sudah mendapatkan penerangan lanjut persediaan banjir di Bukit Aman sebelum penamaan calon.

“Kerajaan dan agensi berkaitan sudah bersedia dengan pusat pemindahan sementara (PPS). Ia telah diwujudkan di lokasi yang sudah dikenal pasti,” – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SPR Boleh Tangguh PRU

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bera beramah mesra dengan penduduk di Pasar Kerayong.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya dalam keadaan bersedia menghadapi banjir susulan monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memberi tumpuan di PPS dengan pembabitan semua agensi berkaitan pada peringkat negeri.

Katanya, pusat pengurusan bencana daerah sudah dibentuk. Dan masih menaruh harapan banjir kali ini tidak seteruk yang berlaku di Selangor pada tahun lalu.

Baca juga : Senarai Penuh Calon PRU15 PN vs BN

SPR Boleh Tangguh PRU

PH Tidak Mahu PRU15 Dalam Masa Terdekat

Dalam pada itu, Rafizi berkata, pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) secara konsisten tidak mahu PRU15 diadakan dalam masa terdekat. Ini disebabkan faktor cuaca dan bencana banjir yang dijangka melanda negara.

“Sebab itu bercakap soal banjir. Saya harap kalau ada sebarang keputusan satu dia mesti berasaskan kepada data. Dan juga ramalan yang tepat tanpa campur tangan politik.

“Kedua sebarang keputusan itu juga mestilah melibatkan semua parti-parti yang bertanding. Kalau tidak ia menimbulkan persepsi yang UMNO sekarang ini nampak kebelakangan. Dan PH ada kemugkinan ke arah nak menang,” katanya lagi.

Adakah SPR akan tangguh PRU15 ini kerana banjir yang melanda? Kita lihat selepas ini…

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge