kedai hidayah abam

Rezeki seorang ibu, selepas lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan, kini isteri Allahyarham Abam Bocey sudah mampu memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, Selangor.

Berita gembira itu dikongsi oleh Hidayah sendiri di laman Instagram miliknya hari ini.

Hidayah Abam
Kredit foto: hidayah_abam

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.”

“Terima kasih abang Dayah Sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan keluarga tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah.”

“Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur..” jelasnya di akuan Instagram miliknya.

Kedai Hidayah abam bocey

Sejak April lalu, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, telah melakukan perniagaan cempedak dan durian goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Hidayah telah mengusahakan perniagaan itu bagi menanggung kos perbelanjaan dan membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang ini berusia setahun.

Baca juga : Hidayah Tidak Saman Ibu Mentua, Hanya Proses Pengesahan Faraid dan Penjagaan Anak

Sebelum ini, Hidayah dan Abam telah berkahwin pada 8 Disember 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Allahyarham Syed Umar Mokthar Syed Redzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam telah meninggal dunia 10 Februari lalu selepas mengalami demam.

1 Comment

Leave a Reply to Dwi Wahyudi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge