Upin Ipin 10 juta subscriber

Tahniah kepada Les Copaque Production Sdn Bhd

Akhirnya berjaya mencecah 10 juta subscribers di akaun Youtube. Suatu pencapaian yang membanggakan. Sebelum ini, Channel Les Copaque juga menjadi yang pertama perolehi 1 juta subscribers di Malaysia.

Ini perkongsian Upin & Ipin di Facebook.

Alhamdulillah! Kami berjaya! 

Kami adalah saluran YouTube pertama di Malaysia yang berjaya mencapai 10 juta langganan dan dianugerahkan DIAMOND PLAY BUTTON yang diidam-idamkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peminat setia kami kerana terus percaya dan menyokong kami!

Upin Ipin Diamond Play Button

Ini pula perkongsian brother Ainur Shafify

Saat post ini di taip, jumlah subscriber di Youtube Les’ Copaque Production ialah 9.97 juta menghampiri 10 juta dalam beberapa hari sahaja lagi (mungkin esok). Dan apabila telah mencecah 10 juta, secara rasminya Les’ Copaque Production adalah yang PERTAMA DI MALAYSIA dan satu-satunya youtuber di Malaysia yang akan menerima Youtube Diamond Play Button secara rasmi daripada Pihak Youtube sendiri. Untuk pengetahuan juga, Les’ Copaque Production juga merupakan youtuber pertama di Malaysia yang menerima Youtube Gold Play Button (1 juta subscriber)sebelum ini.

Saya percaya akan banyak lagi youtuber Malaysia yang akan menerima Youtube Diamond Play Button ni satu hari nanti kerana Les’ Copaque Production dah berjaya lakukan, jadi yang lain juga pasti boleh melakukannya. Sebab kalau tak cecah 10 juta, maka kenalah susun ayat-ayat putar belit sedikit supaya nampak dah cecah 10 juta, tapi takdelah penganugerahan Combine Play Button dari pihak Youtube.

Terasa teruja kerana sedikit sebanyak terlibat juga di belakang tabir kerana mempunyai sedikit bakat sembang kencang+gebang, muka sedikit gelap, rambut pon cukup, berat badan yang ideal dari dulu sampai sekarang dan tak “fake” kan kehidupan di socmed apatah lagi mencarpub muka sendiri. Atau lebih ringkas Les’ Copaque Production memberi saya peluang dan ruang untuk terlibat bersama team New Media.

Tahniah Les Copaque Production, tahniah Rakyat Malaysia, tahniah dan terima kasih kepada semua yang subscribe tidak kira di mana jua anda berada di Asia Tenggara, di Asia, dan seluruh dunia yang rata mahupun dunia yang bulat. Terima Kasih.

Ya, first time taip panjang. Tak pandai lukis.

Di bawah ni gambar saya menjulang Youtube Gold Play Button selepas membantu Bos New Media (yang buat isyarat tangan “rock”) memegangnya award tersebut di atas pentas sebab agak berat juga la, ketika penyerahan secara rasmi di Youtube Festival Awards 2019 di MITEC Kuala Lumpur. Terima kasih Hafiz Roslandan Hakem Mnor untuk gambar, idea naik pentas dan moment ni. Sekian….

Ini pula hantaran di Facebook CEO Les Copaque Production Sdn Bhd tentang Gold Play Button Award

10 Million Subscribers Gold Play Button Award from Youtube

Today at 14.06hrs, Les’ Copaque Production proudly announce that our Youtube Channel (Not Network) has reached 10,000,000 subscribers and eligble for Youtube Diamond Play Button Award. Proudly to be the first Youtube Channel reaching the Diamond Play Button Award from Malaysia. Congratulation!!!

Haji Burhanuddin Les Copaque

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Saya suka! Saya suka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge