4.5K+Shares

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Bayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan Fasa 1 telah diagihkan bermula 24 Februari lalu.

Tiada caj yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

Baca terkini : Bayaran BPR FASA 2 Bermula 7 Mei 2021

Menurut kenyataan oleh LHDN / Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua dijangka akan dibuat mulai BULAN MEI 2021 ini.

Baki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga,

Jumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.

Bayaran BPR Fasa 2

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150

Contohnya keluarga yang mempunyai lebih dua anak dan jumlah pendapatan RM2500 ke bawah telah menerima RM300 pada Bayaran BPR Fasa Pertama. Maka, keluarga tersebut akan mendapat baki RM1500 pada Bayaran BPR Fasa Kedua.

Baca juga : Bantuan Tambahan RM500 One-Off Untuk B40 dan Penerima BPR

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
4.5K+Shares

3 Comments


  1. tunggu bantuan kerajaan,tak ade kerje,sebab sakit otot, tak mampu bayar sewa bilik,200 ratus,minta tolong bantu saya,,

  2. Saya bujang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge