Tarikh bayaran GKP Tambahan

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

GKP Tambahan atau GKP PERMAI ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan. Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Baca juga : RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga

Bayaran GKP Tambahan

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin 1.0 (GKP 1.0) dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac ini.

Menurutnya, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta dan hampir 900,000 PKS mikro akan menerima bantuan berkenaan.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

1 Comment

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge