Kwsp akaun 2

Permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP kini telah dibuka bagi Ahli KWSP yang terjejas pendapatan daripada kategori 1.

Sejak permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bagi mereka yang benar-benar layak, maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik kepada mereka.

borang iSinar KWSP Online

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Berikut adalah tarikh permohonan i-Sinar KWSP bagi 2 kategori:

  • Kategori 1: 21 Disember 2020
  • Kategori 2: 11 Januari 2021

Permohonan i-Sinar secara online kini telah DIBUKA di laman web isinar.kwsp.gov.my.

TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP

Tarikh bayaran i-Sinar KWSP bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 1: Bermula 8 Januari 2021
  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 2: Pertengahan Februari 2021

Semakan status permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 1 boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

BAYARAN i-SINAR KWSP

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai pembayaran i-Sinar KWSP:

Baki simpanan RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)
    *Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
    *Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
SYARAT MOHON ISinar kwsp

Untuk panduan lengkap permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk Panduan Cara Mohon iSinar KWSP Online.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

3 Comments

Leave a Reply to abambam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge