Permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP kini telah dibuka bagi Ahli KWSP yang terjejas pendapatan daripada kategori 1.
Sejak permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bagi mereka yang benar-benar layak, maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik kepada mereka.
TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Berikut adalah tarikh permohonan i-Sinar KWSP bagi 2 kategori:
- Kategori 1: 21 Disember 2020
- Kategori 2: 11 Januari 2021
Permohonan i-Sinar secara online kini telah DIBUKA di laman web isinar.kwsp.gov.my.
TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
Tarikh bayaran i-Sinar KWSP bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut:
- Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 1: Bermula 8 Januari 2021
- Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Semakan status permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 1 boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.
BAYARAN i-SINAR KWSP
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai pembayaran i-Sinar KWSP:
Baki simpanan RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)
*Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
*Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Untuk panduan lengkap permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk Panduan Cara Mohon iSinar KWSP Online.
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.