494Shares

Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan anda akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Ia berikutan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

Tarikh Bayaran i Sinar Tanpa Syarat

Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021.

Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Baca juga : Bayaran BPR 2021 Fasa 1 Bermula 24 Feb 2021

Jumlah Pengeluaran Maksimum i Sinar

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

  1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Baca juga : Panduan Cara Mohon i Sinar KWSP Online

Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Perkara lanjut berhubung permohonan i-Sinar tanpa syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP. Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

494Shares

2 Comments


Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge