572Shares

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1 Terjejas Pendapatan

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut :

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Baca Terkini : Panduan Cara Mohon RM10,000 i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1

Kategori 2 Terjejas Pendapatan

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
  • Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Baca juga : Maybank Lanjutkan Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Sehingga 30 Jun 2021

Jumlah kelayakan i-Sinar Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

572Shares

13 Comments


  1. Mohon kerajaan lebih telus dlm mengeluarkan kenyataan. Jangan mengelirukan dan menghilangkan kepercayaan rakyat.

  2. Boleh tak kalau nak reset balik jumlah pengeluaran akaun kwsp 1?

    1. Author

      Mungkin nanti akan ada pengumuman daripada pihak KWSP untuk kemaskini permohonan iSinar ni

      1. Bolah kah memohon kali ke 2 kategori 1 isinar setelah kategori 1 lulus

      2. 1. KWSP tu duit kerajaan ke atau duit rakyat?
        2.kerajaan bleh ke janga rakyat boleh hidup sampai umur 55tahun?
        3.saya anak yatim, klu sy mati esok lusa duit KWSP sy akan hilang mcm tu kan.. Klu mcm tu sampai mati pn x bleh rasa duit sendiri la..
        4.YA masa covid sy kja x pernah kata potong gaji ke apa, ada ke pernah fikir kita ni, gaji brp dpt nk byr tu byr ni.. Skrang dah bleh apply I sinar tapi mcm2 syarat…
        5.sy anak yatim, sy single dan sy tak ada wars tlg la.. Klu mati mcm tu untung kt siapa??

  3. Pertanyaan saya adalah
    Bolehkah pemilik membuat pengeluaran menggunakan akaun anak,kerana akaun pemilik tidak aktif hampir 5 tahun dan kini tak tahu apakah akaun itu masih ujud atau tidak lagi boleh diguna pakai….

    1. Author

      Sebaiknya uruskan segera akaun bank pemilik. Guna akaun pemilik. Masih ada masa dan jangkamasa 5 tahun. Biasanya akan dimaklumkan tidak aktif apabila capai 7 tahun tanpa transaksi

  4. saya penah di cutikan sebulan pada bulan mac 2020 lepas tu di sebab kan pengurangan pekerja pas berapa bulan saya cuti maternity 2 bulan tanpa elaun 3 jam gaji saya x sampai rm1000 pon .banyak benda nak byar tertunggak walaupon saya sentiasa mencarum tp yg tinggal lepas tu sikit bila bayar sewa rumah ,kereta dan pengasuh anak .boleh tak pihak kwsp utk kategori 2 di kurangkan syarat ye.syarikat masih byar ot 3 jam tapi dapat lepas tolak itu ini jadi sikit.ingat kalau dapat kuarkan dapat la meringankan beban kami nie utk byar keta dan tungakkan yg ada.harap di pertimbangkan masalah kami .

  5. saya penah di cutikan sebulan pada bulan mac 2020 lepas tu di sebab kan pengurangan pekerja pas berapa bulan saya cuti maternity 2 bulan tanpa elaun 3 jam gaji saya x sampai rm1000 pon .banyak benda nak byar tertunggak walaupon saya sentiasa mencarum tp yg tinggal lepas tu sikit bila bayar sewa rumah ,kereta dan pengasuh anak .boleh tak pihak kwsp utk kategori 2 di kurangkan syarat ye.syarikat masih byar ot 3 jam tapi dapat lepas tolak itu ini jadi sikit.ingat kalau dapat kuarkan dapat la meringankan beban kami nie utk byar keta dan tungakkan yg ada.harap di pertimbangkan masalah kami .

  6. klu akaun bank x aktif.. boleh ke guna akaun bank isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge