Persatuan Pelajar Malaysia Mekah (PPMM) menyangkal konon ada menawarkan perkhidmatan badal haji bagi musim kali ini seperti yang tular menerusi wadah media sosial. PPMM memaklumkan tiada badal haji ditawarkan dan mereka juga tidak pernah langsung mengambil upah badal haji bagi agensi tertentu.

“PPMM dengan ini menafikan dakwaan segelintir pihak sama ada syarikat atau individu konon mendakwa badal haji yang mereka ambil akan dilakukan pelajar Malaysia di Mekah,”.

Kenyataan PPMM itu merujuk beberapa hantaran yang tular menerusi platform media sosial di negara ini dengan turut menyatakan penuntut terbabit hanya mengenakan kos terlalu rendah.

Kelmarin, Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji di Mekah, Tengku Aziz Raja Abdullah mendedahkan lambakan iklan tawaran pakej badal haji palsu dengan harganya tidak munasabah.

Tiada Badal Haji

Sedangkan agensi itu sendiri tidak pernah melaksanakan perkhidmatan berkenaan  pada musim haji kali ini kerana terdapat pelbagai peraturan ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Negara tersebut menetapkan kos permit bernilai 10,000 riyal (kira-kira RM11,730) seorang dengan protokol amat ketat serta dianggap mustahil sanggup diambil penduduk tempatan sendiri. Sebab itulah ramai yang berpesan tentang tiada badal haji tahun ini dengan kos yang jauh berbeza.

Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan pakej dan permit badal haji musim 2022 dengan harga yang paling murah iaitu sekitar RM12,000.

Ditambah kawalan ketat untuk pelaksanaan haji kali ini, mereka yang dikesan melaksanakan haji tanpa permit sah boleh dihukum denda jika ditangkap pihak polis di Mekah.

Individu terbabit, jika disabitkan kesalahan di mahkamah tempatan juga bakal dikenakan notis persona-non-grata atau dilarang masuk ke Arab Saudi untuk tempoh selama 10 tahun.

PPMM menasihatkan umat Islam di Malaysia yang berhasrat melaksanakan badal haji tahun ini supaya berhati-hati daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan ada yang sudah pun ditipu dengan mengambil upah badal haji serendah RM500 sehingga paling tinggi RM3,000 padahal caj permit perkhidmatan itu adalah lebih RM10,000.

Ketika ini, cuma 15 pelajar Malaysia masih berada di pusat pengajian masing-masing di Tanah Suci kerana tidak bercuti di luar kampus dengan balik ke tanah air bersempena musim panas.

Tabung Haji mengesahkan kesemua mereka itu turut menyatakan tidak sanggup mengambil badal haji kerana kos dikenakan oleh pihak berwajib Arab Saudi sendiri adalah jauh amat mahal.

Tiada Badal Haji

PPMM ialah gabungan berdaftar yang menjaga aspek kebajikan para pelajar Malaysia meliputi Universiti Ummul Qura di Mekah, Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Universiti Taif di Taif.

Badal haji merupakan perkhidmatan haji ke atas individu Muslim sudah meninggal dunia dengan dilaksanakan oleh orang lain yang telah pun menunaikan ibadah fardu tersebut sebelum itu.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini timbul keraguan mengenai status badal haji oleh pihak tertentu kerana harga yang ditawarkan itu terlalu murah dan amat tidak logik.

Kegiatan ini terbongkar apabila warga Malaysia di Arab Saudi mendedahkan kos penginapan, pengangkutan dan makanan ketika musim haji adalah mahal setara pakej biasa ibadah haji.

2 Comments

    1. Author

      2019 dan sebelumnya, ada lah tu. Sebab tak strict macam selepas musim C19. Orang Pattani, Indo dll lain2 yang di sana. Cuma ada juga sindiket yang 1 orang badal untuk banyak nama. sekali kaut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge