Jika disebut organik, ramai yang membayangkan ayam organik. Disebabkan ada di beberapa tempat menjual ayam organik. Tetapi, apa pula ia melibatkan sayur-sayuran, pokok, dan binatang yang lain.

Semuanya organik.

Di Malaysia,  Titi Eco Farm ini menawarkan kita peluang untuk menjadi sebahagian daripada trend ini di seluruh dunia dalam memakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik, di mana tanaman bebas daripada racun perosak dan bahan kimia di ladang.

Haaa.. lain tau bila makan sayuran organik!

Lokasinya yang terletak di Titi, Jelebu Negeri Sembilan. Kesempatan yang ada untuk meninjau ketika penulis bersama dengan Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia Negeri Sembilan bersama Gaya Travel Magazine.

Kami dihidangkan dengan secawan air teh herba. Memang rasanya tawar dan penulis suka dengan rasa teh herba ini.

Boleh lah rasa santai dan rileks untuk minum teh herba.

Kemudian, kami dibawa untuk melihat sendiri kawasan penanaman pokok herba, sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi. Semuanya ada kawasan dan bahagian masing-masing di mana selepas sesuatu jenis pokok itu dituai hasilnya, ia akan ditanam pula dengan jenis pokok yang lain.

Gambar di atas adalah kawasan penanaman sesame seed atau dikenali sebagai bijan yang sudah diketahui khasiatnya yang cukup baik. Kawasan penanaman ini memang dijaga rapi dan sistem pengairan juga dibuat dengan baik bagi tujuan penyiraman air.

Tanpa racun yang merbahaya dan mencemarkan udara, sudah tentu semua tanaman di sini cukup baik ditambah pula dengan suhu yang sesuai untuk pelbagai tanaman.

Bagi mereka yang menginap di Titi Eco Farm ini, jangan lupa bersenam di Energy Garden ini. Ada yang bersenam dan ada yang melakukan “TaiChi”.

Waktu pagi memang sesuailah untuk bersenam di sini. Segar sahaja suasana dan pemandangan yang hijau.

Kehijauan tanaman seperti ini sudah cukup membuatkan mata kita juga turut segar. Terasa kehijauan ini cukup membuatkan kita tenang. Tak mustahil segala usaha untuk tanaman organik ini cukup berjaya. Dari pokok buah-buahan sahaja, sudah dapat pelbagai produk yang boleh dijual seperti jem roti, aiskrim dan juga syampu.

Memang sesuailah tempat ini dijadikan kebun sayuran organik, semuanya dipelihara baik.

Memang cukup luas. Penat juga kami pusing kebun di Titi Eco Farm ini walau tidak sepenuhnya. Bagi mereka yang ingin tidur di sini, boleh juga menginap di Semi D chalet dan juga Long House. Sesuai untuk bagpackers dan rasailah suasana nyaman pada pagi hari.

Boleh lah makan, minum, tidur dan bersenam serta mengelilingi Titi Eco Farm ini.

Setelah pusing di sekeling Titi Eco Farm, kami dihidangkan dengan makanan yang cukup enak. Tidak disangka kesemua makanan yang dihidangkan adalah buatan sendiri.  Ada juga daun kaduk dan dicampur dengan rautan mangga muda sebagai appetiser.

Bagi mereka yang ingin ke Titi Eco Farm, boleh lah rujuk maklumat di bawah:

Alamat:

Titi Eco Farm Resot,
Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916,
Sungai Rotan, 71650 Jelebu,
Negeri Sembilan, West Malaysia.

Telefon: +603 7874 8122

Laman Web : titieco.com.my

Emel :
info@titieco.com.my (Resort)
sales@titieco.com.my (Produk)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge