18.9K+Shares

Alhamdulillah. Sesuatu yang perlu dicontohi. Itulah yang berlaku kepada misi bantuan Ustaz Ebit Lew. TMJ berikan sokongan dan penghargaan.

“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap.

Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200 ribu ringgit bagi misi saya. Tuanku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.

Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. RAJA JOHOR.

Menjunjung kasih Tuanku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.”

Ustaz Ebit Lew

18.9K+Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge