Tony Fernandes airasia food delivery

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood.

Melalui hantaran Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar berdiri sambil memegang topi keledar di sisi sebuah motosikal yang dilengkapi beg mengisi makanan berwarna merah tertera huruf ‘a’ yang merujuk kepada airasiafood.

“Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.

Tony Fernandes
Air Asia Food

airasia food adalah platform penghantaran makanan baharu dalam talian yang dicetuskan syarikat penerbangan AirAsia bagi menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Ia bagi mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.

Ketika itu lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian merebut peluang menjadi penghantar makanan syarikat berkenaan.

Airasia food delivery
Order Air Asia Food

Bagi yang ingin mencuba airasia food ini, boleh ke laman sesawang https://www.airasia.com/food dan pilih lokasi anda.

Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.Beberapa syarikat baik di dalam mahupun luar negara terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.

Keputusan banyak negara menutup sempadan negara memburukkan lagi keadaan.

4 Comments

  1. Bila bos sendiri turut sama deliver boleh jadi teladan kepada para pekerja. Sebab dia sendiri berusaha untuk beri peluang kepada semua untuk terus cari pendapatan.

    1. Author

      Betul tu. sebenarnya lebih kepada motivasi juga. Dan Tony sebenarnya sendiri nak rasai sendiri apabila jadi rider penghantar makanan. Dulu dia pun pusing department sendiri dan rasai sendiri apa pekerja rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge