Ada pihak yang menggesa Kerajaan agar melaksanakan PKP menyeluruh seperti PKP 1.0 yang lalu. Namun, kita telah alami betapa besarnya impak PKP 1.0 kepada rakyat dan ekonomi.
Hakikatnya, apabila PKP menyeluruh dilaksanakan, rakyat yang paling terkesan adalah dari golongan rentan dan yang berpendapatan rendah. Kelangsungan hidup mereka juga harus diberi pertimbangan sewajarnya.
Setiap rakyat berhak dilindungi secara menyeluruh, sama ada dari aspek kesihatan, kebajikan, dan juga jaminan punca rezeki masing-masing. Kes menurun dengan banyaknya semasa PKP 1.0, namun ada ramai juga rakyat yang kehilangan punca pendapatan.
Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kapada rakyat dan sektor ekonomi terkesan berikutan pengumuman kerajaan berhubung penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun ini.
Melalui kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pengumuman mengenai pakej bantuan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
Baca juga : BANTUAN TAMBAHAN RM500 ONE-OFF UNTUK B40 DAN PENERIMA BPR
Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat.
Selain itu, kerajaan turut menasihatkan rakyat Malaysia terus berdisiplin dan sentisa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Yang terbaik ialah duduk di rumah atau ‘stay at home’ untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.
Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.
Ingatlah bahawa kita semua bertanggungjawab mematuhi SOP demi keselamatan nyawa masing masing dan keluarga, serta kelangsungan ekonomi tanah air.