Keluarga Datuk Mohd Kazim Elias tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami pendakwah terkenal itu ketika ini akibat terkena sihir.
Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk berjalan.
Pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit. Ini sudah pasti mengundang 1001 persoalan.
Ketika menziarahi Khamis lepas, Ustaz Kazim telah menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.
Pendedahan Ustaz Kazim Kena Sihir
Menerusi sesi live , Ustaz Kazim maklumkan telah menerima sebuah kotak berisi abu dan gambarnya yang telah dibakar dijumpai di laluan khas tempatnya mengajar. Selepas insiden itu, beliau menceritakan kakinya mula membengkak dan perkara tersebut membuatkannya sukar untuk berjalan.
Ini dijumpai di tempat laluan saya pergi mengajar atau laluan khas saya untuk ke dewan. Dewan saya ini tempat saya mengajar di Al-Barakah, dewan besar jadi orang lain tak lalu laluan itu. Laluan itu untuk saya sahaja jadi kita jumpa abu dan dalam abu tu ada gambar saya yang dibakar.
Selepas kejadian ini, kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul ke apa rupanya bukan. Kaki sebelah kiri memang tak boleh jalan mahu pun sentuh. Kita pun tak tahu apa benda kan, kita pandang baik kepada ALLAH S.W.T., InsyaAllah saya mampu.
Baca juga : Angkara Dimalukan di FB, Balas dengan Sihir Dendam Kesumat 5 Serangkai
“Maka kami tidak menolak kemungkinan unsur (mistik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya,”.
Keadaan Ustaz Kazim ketika ini adalah stabil, tetapi masih memerlukan rawatan susulan di hospital. Oang ramai diharap terus mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-perkara tidak diingini.
Moga ALLAH permudahkan semua urusan Ustaz Kazim dan kurniakan kesembuhan seperti sediakala.