Laksa Lemak UAH

Alhamdulillah, laksa lemak lagi hari ni. Memang kegemaran seisi keluarga. Setiap bulan mesti buat, biasanya sampai 2 hari akan makan diulang². Siapa disini suka lakse lemak kuah putih ni angkat

Resepi dan caranya mudah, bajet pun rendah, yang penting barakah, resepi lebih kurang 10 orang makan, siap boleh diulang beberapa kali makan :

  1. Ikan selayang / kembung / sardin dalam 10 ekor – rebus, asingkan isi dengan tulang kemudian blander, boleh juga rebus lama² atau pressure cooker sampai hancur tulang, blander sekali. Terpulang cara masing².
  2. Santan – fresh atau kotak pun boleh. Memang kuah ni sedap santan dan ikan banyak. Pekat-pekat. SubhanAllah, memang sedap sangat.
  3. Bawang merah besar 3, bawang putih 2, separuh ibu jari halia, dua sudu lada hitam biji.
    Blender hancur semua, ada lada hitam, blender betul² ya.

*kalau rajin bawang merah kecik, saya suka rasa manis bawang tu, jika tak suka boleh je kurangkan.

resipi laksa lemak ustazah asma harun
  1. Laksa – saya guna yang kering, ada jual merata². Rebus dan tutup periuk tu, lagi cepat lembut. Jangan sampai lembek, jangan sampai tak berapa masak. Kenalah rasa seurat ambik dengan garpu. Sementara buah kuah, rebuslah laksa tu, nanti sedang elok kejadiannya serentak.

Cara-cara :

  1. Masukkan Ikan dah blender hancur dalam periuk, masukkan bahan blender, boleh tambahkan air mengikut sukatan jangkaan masing², biarkan dalam 15 min dia menggelegak, lagi lama lagi sedap sebenarnya.
  2. Masukkan asam keping – 4
  3. Masukkan santan, jika santan kotak kecik tu dalam 5 kotak bgtu. Lebih pun boleh. Tengok warna dia seimbang tak.
  4. Garam dan gula.

Siap. InsyaAllah sedap. Seimbangkan rasa masin manis lada hitam.

laksa lemak

ULAMAN :

  1. Timun batang – racik halus
  2. Salad – racik halus
  3. Cili padi
  4. Daun kesum – racik halus, jika suka
  5. Potong dadu belacan hidup, gambar bawah yang nampak hitam tu, bakar dulu tanpa minyak atas kuali tu.
  6. Cili boh (saya masukkan garam gula sikit)
  7. Limau kasturi atau limau nipis

*bergantung pada selera masing-masing, ada yang suka letak tauge, ada yang racik bunga kantan.

Boleh tengok cara saya masak menerusi

Asma Harun

UAHSahabatDuniaAkhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge