Siti nurhaliza dqn Neelofa

Pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu tersebut dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik itu.

Antara yang dapat dilihat di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Warganet mempersoalkan kehadiran Zulkifli dan Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar dari kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur.

Salah seorang pengguna Facebook, mempersoalkan kelebihan majlis tahnik tersebut sehingga membenarkan individu berkenaan merentas negeri apabila permohonan bapanya untuk melawat cucu tidak dibenarkan.

Tegasnya, alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah kerana bayi tersebut dikatakan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19.

Tahnik anak siti nurhaliza

Penjelasan Siti Nurhaliza

Siti nurhaliza tahnik maaf
Siti Tahnik Maaf

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Neelofa dan Suami di Nilai 3

Belum pun reda isu nilai kompaun dikenakan pihak berkuasa yang dikatakan terlalu rendah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan larangan merentas negeri, pelakon dan pengacara terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kontroversi terbaharu.

Kali ini Neelofa dan suaminya, yang lebih dikenali sebagai PU Riz didakwa memuat naik video menunjukkan seolah-olah mereka merentas negeri dengan berkunjung ke kedai permaidani yang terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video berdurasi 15 saat yang dikatakan dirakam oleh Neelofa sendiri itu memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki dipercayai pemilik kedai permaidani di daerah terbabit.

Ramai pengguna di Twitter mendakwa melihat Neelofa dan suaminya berada di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Neelofa carpet nilai 3

Namun hasil carian mendapati video itu sudah dipadamkan selebriti itu di Instastory akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun hantaran berkenaan masih “trending” hingga menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial yang mempertikaikan bagaimana selebriti berusia 32 tahun itu merentas negeri ketika negara masih berada di bawah perintah sekatan perjalanan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini Neelofa pernah memohon maaf secara terbuka dan mengakui tidak sensitif isu semasa, khususnya berhubung dakwaan pelanggaran SOP pada majlis perkahwinannya serta kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama suami.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge