Penyanyi Nabila Razali yang baru dilantik duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) bersyukur dengan pelantikan itu kerana Himaya bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa saja tetapi dibuat untuk kepentingan kesihatan .
Ia memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covic-19.
Kata Nabila, dalam keadaan pandemik ini, pemakaian pelitup muka sangat penting dan orang ramai mesti memilih pelitup muka yang tepat untuk penjagaan kesihatan.
“Jangan ingat tutup mulut saja sudah ok tetapi itu belum mencukupi untuk perlindungan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita,” katanya.
Himaya H99 adalah keluaran terbaharu untuk musim ini yang pertama direka khas bersama jalur logam dengan span lembut anti-peluh membuatkan pelitup muka terletak kemas, memberikan keselesaan pernafasan dan tidak merengsakan kulit wajah.
Hadir dengan warna bercorak membuatkan pelitup muka ini nampak lebih elegen pada si pemakai.
Jelas Nabila, Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan penggunaan pelitup muka perubatan (4 ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus (untuk mereka yang berkacamata).
“Paling saya suka, pelitup muka Himaya direka khas untuk yang berhijab (headloop) dan didatangkan dengan pelbagai warna menarik sesuai digayakan dengan semua warna baju.
“Anda masih boleh berfesyen dengan Himaya dan sebagai artis, pastinya Himaya mudah disuaipadan dengan pakaian saya untuk ke semua acara,” katanya.
Untuk musim baru tahun 2022, Himaya melancarkan empat warna baru iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green dan Teal In Spring.
Kata Nabila lagi, pelitup muka Himaya juga ‘melindungi’ solekannya kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang tidak merosakkan gincu.
“Dengan Himaya saya tidak perlu risau lagi jika solekan saya akan rosak. Gincu saya kekal dan tidak comot,” katanya.
Nabila juga berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn Bhd, yang begitu prihatin terhadap masyarakat.
“Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, perjuangan masyarakat dunia untuk menyekat penularan Covic-19 belum berakhir apabila pada Disember lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian baru Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).
“Bagi mengekang penularan varian baru ini, H99 memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaru, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum.
“Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya, pengguna tidak perlu risau asalkan mereka sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan,” katanya.
Datuk KK Chua berkata lagi, syarikat akan terus mengeluarkan pelitup muka berkualiti dengan warna-warna baru bagi memenuhi kehendak pengguna.
“Sekarang orang ramai wajib memakai pelitup muka dan Himaya berusaha untuk memenuhi keperluan orang ramai tampil bergaya tanpa mengabaikan penjagaan kesihatan.
“Mereka masih boleh bergaya dengan Himaya dan sesuai digayakan di mana saja tanpa menjejaskan penampilan. Himaya juga selesa dipakai lama tanpa merengsakan kulit wajah,” katanya.